PELAKON Maya Karin berang dengan sikap seorang lelaki 'mat saleh' membaling bahan letupan ke dalam laut yang dipenuhi sekumpulan singa laut. Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke, 40, berkata jauh di sudut hatinya mahu menumbuk individu terbabit kerana berkelakuan kejam terhadap haiwan. Malah, pelakon filem Munafik 2 ini turut meminta semua pencinta haiwan untuk bangkit menentang perbuatan keterlaluan itu. "Saya nak guna bahasa yang sangat kurang ajar, tapi disebabkan mak ayah punya didikan, saya tidak akan berbuat demikian. Maya berang menonton video lelaki membaling bahan letupan dalam laut. "Saya berimaginasi sendirian untuk menumbuk orang yang kejam itu. Tolong semua pencinta haiwan, bangkit dengan saya," kata Maya. Maya memuat naik video lelaki tersebut ketawa selepas membaling bahan letupan ke laut di laman Twitter miliknya pada Rabu dan mendapat perhatian netizen. Rata-rata mereka turut meluahkan perasaan marah terhadap individu di dalam video tersebut. Kejadian itu dipercayai berlaku di perairan luar negara. "Tak perlu menjadi pencinta haiwan. Semua orang yang mempunyai akal akan seratus peratus menentang perbuatan itu. Maya Karin. "Allahu. Kesiannya dekat makhluk laut. Mereka tak bersalah pun tambahan pula bagi peluang lagi pada manusia dekatkan diri tepi pantai. "Boleh tak lepas tu campak pula gemuk ni dalam laut tu... Sakitnya hati tengok," komen beberapa netizen di laman Twitter. Pada penghujung Januari lalu, Maya dilantik sebagai duta ikon River of Life (ROL) oleh Kementerian Wilayah Persekutuan selama setahun. Pelantikan tersebut diberikan atas kerja-kerja amal dilakukan Maya dalam usaha menjaga alam sekitar.