suria

“Dah tak tahan, saya tiada daya lagi” – Ras Adiba diserang sakit tulang belakang

Ras tidak mampu menanggung kesakitan akibat keretakan tulang belakangnya yang teruk.

PERKONGSIAN personaliti televisyen Ras Adiba Radzi mengenai perkembangan terbaharu masalah kesihatan membabitkan tulang yang ditanggungnya selama ini mengundang sebak netizen.

Menurut Ras Adiba, 51, dia menangis tanpa henti kerana gagal menanggung kesakitan itu pada awal pagi Rabu.

"Akhirnya. Dia tiba pada awal pagi. Leher, belakang dan tangan saya rebah kesakitan dan kejang. Kesakitan yang teramat.

ARTIKEL BERKAITAN: Ras Adiba bergelar isteri Mohamed Azam dalam hiba tak dapat iringi pengebumian Wafa


Ras memuat naik status memberitahu keadaan dirinya.

"Tangisan dan esak saya tanpa henti, sakit saya tidak terperi. Tulang C3, C4 dan C5 saya sudah retak dan pecah.

"Sudah tiada tertahan lagi. saya tiada daya lagi," kongsi Ras Adiba menerusi Instagram miliknya.

Rata-rata pengikut di laman sosialnya mendoakan agar Ras diberikan kekuatan dan cepat sembuh.

"Bertahan Dib. saya tahu ia mudah untuk dikatakan daripada dilakukan. Tapi Allah tak akan menguji hambaNya lebih daripada yang mampu ditanggungnya. Doa saya sentiasa untuk awak.

Ras baru sahaja berkahwin dengan ahli perniagaan pada 16 Mac lalu.

"Semoga Allah meringankan kesakitan dan memberikan kesembuhan buat kak @rasadibaradzi yang tersayang. Banyakan bersabar ya akak.

"Ya Allah... Ringan dan sembuhkanlah kesakitan adikku Ras adiba Radzi," tulis beberapa orang pengikut ruang komen Instagram.

Untuk rekod kecederaan tulang belakangnya itu berpunca daripada kemalangan jalan raya yang dialaminya pada 1996 dan dia disahkan lumpuh separuh badan pada 2002.

Ras Adiba baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan ahli perniagaan, Mohamed Azam Ali di Masjid Jamel Al-Khadijah Kuala Lumpur pada 16 Mac lalu.

Mohamed Azam yang lebih dikenali dengan panggilan 'Bear' merupakan bekas eksekutif produser unit video di Star Media Group (SMG).

Ras Adiba

Artikel Lain