suria

Syafie Naswip tak mahu terlambat akhiri zaman bujang

Syafie terbuka hati untuk mengenali Aishah lebih dekat disebabkan sikap aktres itu.

PELAKON Syafie Naswip memberitahu dia tidak mahu menunggu lama untuk menamatkan zaman bujang memandangkan sudah tiba waktu sesuai untuknya berkahwin.

Menurut Syafie, 27, dia mula terbuka hati untuk mengenali tunangnya, Aishah Azman lebih dekat kerana sikap wanita itu.

"Sudah tiba masanya untuk saya akhiri zaman bujang sebab kalau nak tunggu, takut makin lambat pula.

ARTIKEL BERKAITAN: Syafie Naswip dan Aishah Azman sudah bertunang, masing-masing nak cepat kahwin


Syafie dan Aishah bakal berkahwin pada tahun ini.

"Saya tak pasti 'she is the right one' tapi perasaan itu timbul secara tiba-tiba disebabkan saya selesa dengan Aishah.

"Cara dia melayani orang sekeliling dan keluarga serta kemampuan dia berdikari membuatkan hati saya terbuka untuk mengenalinya lebih dekat," katanya kepada mStar Online.

Syafie dan Aishah mengikat tali pertunangan dalam majlis sederhana di Forest Valley Hall, Cheras pada 7 April lalu.

Bagaimanapun, pasangan ini masih belum menetapkan tarikh yang sesuai untuk mengadakan majlis pernikahan.

Syafie banyak belajar daripada Aishah terutama dari segi pengurusan masa.

Dalam pada itu, pelakon filem Mukhsin ini mengakui dia banyak belajar dari segi pengurusan masa daripada Aishah.

"Pada saya, ada yang saya tak tahu, dia tahu. Contohnya dari segi pengurusan masa. Banyak benda saya belajar daripada dia.

"Kalau ikutkan dua-dua garang tapi Aishah banyak berlembut tapi saya pula seorang yang tegas. Aishah banyak tegur saya dari segi bab kerja la," ujarnya.

Syafie dan Aishah mengenali satu sama lain sejak 2015 dan mula menjalinkan hubungan cinta sejak setahun yang lalu.

Syafie Naswip, Aishah Azman

Artikel Lain