suria

Kongsi kisah 'tak masuk akal' letupkan katak, Kamal Adli ditegur Maya Karin

Kisah Kamal Adli meletupkan seekor katak menerima respon aktres, Maya Karin.

PELAKON Kamal Adli ditegur aktres Maya Karin gara-gara berkongsi pengalaman meletupkan seekor katak menggunakan mercun sewaktu kecil.

Menurut Kamal, dia gemar melakukan eksperimen menggunakan mercun dan pernah mengikat seekor katak pada mercun roket sebelum meletupkan haiwan itu di udara.

ARTIKEL BERKAITAN: Maya Karin nak tumbuk muka lelaki kejam baling bahan letupan dalam laut

ARTIKEL BERKAITAN: “Selamat tinggal... sumpah banyak gila dugaan selama saya menjaga awak” - Kamal Adli

"Ini memang betul dan saya dah kena marah banyak kali... Masa saya kecil-kecil, saya suka main dan eksperimen dengan mercun.

"Saya akan letupkan, letupkan bunga, letupkan pokok... sampailah saya dapat idea yang paling bernas, yang selalu difikir oleh budak-budak yang tiada otak.

"Saya jumpa katak tengah lepak elok sahaja dekat tepi longkang. Kemudian saya ambil katak itu, ikat pada tali berserta mercun roket dan saya bakar. Ia terbang dan meletup dekat atas," katanya.

Kamal Adli secara spontan bercerita mengenai kisah lucu itu sewaktu diminta berkongsi mengenai perkara tidak masuk akal yang pernah dilakukan sepanjang hidupnya.

Kamal Adli menjelas dia kini merupakan seorang pencinta haiwan.

Kamal ditemui pada majlis peragaan koleksi baju raya miliknya kolaborasi bersama Starvilion di Royale Palace, Shah Alam pada Khamis.

Tindakan nakal Kamal itu kemudiannya menerima respon aktres Maya Karin yang meninggalkan komen 'Hmm' dengan emoji marah di laman Instagram mStar Online.

Sebagai respon terhadap video berkenaan, Kamal memohon maaf kepada aktres jelita itu sambil menjelaskan ia perkara lama dan kini dia merupakan seorang pencinta haiwan.

"@maya_karin Maaf, itu dulu. Sekarang saya sudah mula bela katak," ujarnya.

Maya meninggalkan komen di video berkenaan dengan emoji marah.

Aktres itu sebelum ini dilaporkan berang dengan sikap seorang pelancong asing yang membaling bahan letupan ke dalam laut yang dipenuhi sekumpulan singa laut.

Melalui laman Twitternya Maya berkata dia mahu menumbuk individu terbabit kerana berkelakuan kejam terhadap haiwan.

Kamal Adli, Maya Karin

Artikel Lain