suria

Hairul Azreen ajak Hanis "buat anak" lagi, netizen panas hati

Video gurauan Hairul undang kecaman peminat

PELAKON Hairul Azreen dikecam teruk pengguna Twitter selepas memuat naik sebuah video yang dianggap kurang sopan serta tidak menghormati maruah isterinya iaitu pelakon dan usahawan Hanis Zalikha.

Kecaman itu tercetus apabila Hairul, 31, melalui video berdurasi 19 saat secara bergurau berkata "mahu buat anak ketiga" selepas dia selesai menjalani pengambaran filem.

ARTIKEL BERKAITAN: “Minta maaf ya yang muntah tu isteri saya dan dia mengandung!” - Hanis Zalikha kongsi rasa kagum suami

ARTIKEL BERKAITAN: Yusuf Iskandar bakal dapat adik, Hanis Zalikha hamil lagi


Antara komen pengikut Hairul yang meluahkan rasa kurang senang dengan video tersebut

"Ayang, i shooting dulu... Ayang jaga anak kita okay? I habis shooting nanti kita buat anak ketiga," kata Hairul.

Lebih menimbulkan rasa kurang senang netizen apabila kata-kata Hairul itu disambut sorakan dan tarian beberapa individu yang dipercayai kru produksi.

Hanis sedang hamil anak kedua mereka

"Respect your wife bro," kata @yanamatshah.

"That's not even a joke. Malu la cerita pada orang hal dalam rumah tangga," kata @abcdefghijaajaa.

"Tolong padam, anda pasti tak nak anak-anak melihat video ini suatu hari nanti. Hormati isteri anda. Ini amat menjijikkan," kata @vxnicebeach.

Video tersebut mendapat respon berbeza di Instagram

Bagaimanapun tidak semua menentang apa yang dilakukan pelakon filem Paskal itu kerana ada juga yang meluahkan rasa terhibur dengan gurauan berkenaan.

Hairul Azreen, Hanis Zalikha

Artikel Lain