PENYANYI Rosma yang juga bekas peserta program Akademi Fantasia 1 (AF1) selamat melahirkan cahaya mata ketiga hasil perkongsian hidup dengan penyanyi Khai. Rosma atau nama sebenarnya Rosmayati Sidik, 34, melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Nur Alya Dhania pada pukul 1.48 petang, Rabu lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Terima Kasih 'Hentam' Rosma Khai bersama anak ketiganya, Nur Alya Dhania "Syukur Alhamdulillah, anak perempuan kami Nur Alya Dhania selamat dilahirkan dengan berat 2.8 kilogram. "Terima kasih atas doa-doa kalian dalam memudahkan urusan melahirkan anak ketiga kami," tulis Khai di Instagram. Keluarga bahagia Khai dan Rosma Rosma dan Khai mendirikan rumah tangga pada 2018. Lebih manis, Khai atau nama sebenarnya Khairul Nizam Mohamad juga berkata bulan April menjadi lebih bermakna dengan kehadiran cahaya mata ketiga ini apabila ia hampir dengan tarikh ulang tahun perkahwinan mereka dan hari lahir Rosma sendiri. Rosma kelihatan tenang sebelum melahirkan cahaya mata ketiganya "Dalam bulan April ada tiga tarikh penting buat saya. "11 April hari lahir Dhania, 16 April hari lahir Rosma dan 26 April merupakan hari ulang tahun perkawhinan kami,' jelas Khai.