suria

“Ramai yang suka menghukum, tak hairan dunia ni sangat serabut”- Nazim Othman

Nazim memegang watak sebagai Amir yang menghidap disleksia. Foto Instagram: @nazimothman.

PELAKON Nazim Othman memberitahu dia menghargai maklum balas dan pendapat netizen mengenai telemovie Silang lakonannya yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

Namun Nazim atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman, 35, meminta netizen untuk menonton terlebih dahulu keseluruhan telemovie tersebut sebelum membuat penilaian mereka.

"Ramai orang yang suka menghakimi, tidak hairan la dunia ini sangat serabut.

"Seperti mana saya hargai maklum balas dan pendapat, anda kena tonton keseluruhan telemovie itu terlebih dahulu selepas itu baru anda boleh menghakimi.

Nazim minta netizen tonton keseluruhan telemovie Silang sebelum menghakimi.

"Ni, baru tengok teaser dah pot pet pot pet. Ia mencerminkan realiti anda sendiri dan pemikiran anda," kata Nazim.

Pelakon drama bersiri Mona Lisa ini memuat naik penjelasan tersebut menerusi laman Instastory miliknya.

Menerusi telemovie terbitan JS Pictures itu, Nazim memegang watak sebagai Amir yang menghidapi penyakit disleksia sejak kecil.

Disleksia merupakan gangguan saraf yang menyebabkan seseorang itu mengalami kesukaran untuk membaca, menulis, mengeja dan mengira tetapi sebenarnya dalam masa yang sama mempunyai daya pemikiran yang normal.

Barisan pelakon dan pengarah telemovie Silang.

Menerusi ruang komen di Instagram Nazim, ramai netizen yang tidak sabar menantikan telemovie arahan pengarah Jinggo atau Azman Yahya itu.

Malah, ada juga segelintir mereka yang turut berkongsi pengalaman mempunyai anak yang menghidap disleksia.

Selain Nazim, telemovie tersebut turut dibintangi oleh pelakon Emma Maembong dan Jasmin Hamid sebagai teraju utama.

Nazim Othman, Emma Maembong, Silang

Artikel Lain