suria

“Sudah pasti ada doa dapat jodoh, isteri yang baik dan solehah” - Doa Zizan sempena mencecah umur 35 tahun

Zizan menyambung ulang tahun kelahiran yang ke 35 tahun pada hari ini. Foto: AFIQUE YUSOFF.

PELAKON Zizan Razak yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-35 tahun pada Isnin, berdoa agar dirinya sentiasa dirahmati Allah.

Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak juga berharap dipertemukan jodoh seorang isteri yang baik dan solehah.

"Selamat hari jadi buat mu Mohd Razizan Bin Abdul Razak. Semoga dirahmati Allah sentiasa dan selalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Zizan Razak mahu tumpu benda baik depan mata


Zizan titip doa untuk diri sendiri.

"Semoga dimurahkan rezeki menjadi orang yang beriman dan disayangi mereka yang mengenali.

"Sudah pasti ada doa supaya dipermudahkan jodoh dan mendapat isteri yang baik dan solehah," kata Zizan.

Pelakon filem Abang Long Fadil ini memuat naik doa sempena hari lahirnya itu di laman Instagram miliknya.

Rata-rata pengikut di laman sosial turut mendoakan dan memberi ucapan selamat hari lahir kepada Zizan.

Zizan berterima kasih kepada ibu, bapa dan peminatnya sentiasa menyokong.

Dalam pada itu, Zizan mengucapkan terima kasih kepada ibu, bapa dan peminatnya yang sentiasa mendoakan dan memberi semangat kepadanya.

"Terima kasih juga buat ibu dan abah yang selalu bekalkan doa dan semangat buat saya.

"Juga peminat saya yang sentiasa menyokong saya, saya sayang anda semua," ujarnya.

Zizan Razak

Artikel Lain