suria

“Pergi mahkamah bukan sebab kes cerai” - Datuk Red ulas foto dan status sedih tentang anak!

Datuk Red memberitahu dia hadir ke mahkamah atas tujuan lain dan bukannya berkaitan hal rumah tangga. Foto instagram @dato.red

SUAMI kepada penyanyi Adira iaitu Datuk Seri Adnan Abu menjelaskan kehadirannya di mahkamah pada pagi Isnin bukanlah berkaitan kes rumah tangga dengan penyanyi berkenaan.

Adnan atau dikenali sebagai Datuk Red berkata, dia hadir ke mahkamah adalah untuk menyelesaikan isu lain. 

Manakala tambahnya, status sedih mengenai anak pada foto itu ditulis secara spontan.

"Ya... memang saya ada ke mahkamah tapi bukan kes rumah tangga, ia berkaitan hal lain yang dirasakan tidak sesuai dikongsi dengan orang ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Adira dakwa anak dibawa lari, Datuk Red kata habis je pantang Adira hamil lagi

ARTIKEL BERKAITAN: Isu anak ‘dibawa lari suami’ selesai, luahan dibuat ketika dalam keadaan sedih - Adira

"Semasa di mahkamah itu, saya teringat sembilan orang anak saya dan terus menulis mengenai mereka.

"Sekarang ini apa sahaja ujian hidup yang datang, saya ingatkan diri untuk kuat kerana anak-anak dan fokus saya memang untuk keluarga besar kami ini," katanya kepada mStar.

Menerusi Instagram, Adnan memuat naik foto di Instastory memperlihatkan dirinya berada di sebuah lokasi dipercayai mahkamah dan menulis teks memberitahu anak-anak menjadi sumber kekuatan.

Datuk Red memuat naik status di Instastory pada pagi Isnin.

Dia turut memohon doa agar urusannya dipermudahkan.

Sementara itu, Adnan berkata dia tidak kisah jika ada netizen membuat spekulasi dan beranggapan rumah tangganya bersama penyanyi lagu Pujaan Hati itu sudah goyah.

Buat masa ini kami bahagia sahaja, kalau tak bahagia takkan dia mengandung sekarang kan?

Datuk Seri Adnan Abu

"Kehidupan kami berjalan seperti biasa dan pagi tadi saya dari rumah Adira, tak ada apa masalah!

"Biarlah kalau orang nak buat spekulasi disebabkan tulisan tersebut. Buat masa ini kami bahagia sahaja, kalau tak bahagia takkan dia mengandung sekarang kan?

"Cuma biasalah, ibu hamil ini, emosi kurang stabil sikit, ditambah pula ada 'anasir-anasir luar' kiri dan kanan... Insya-Allah semoga semuanya kembali seperti dahulu," katanya.

Datuk Red sudah faham perangai Adira.

Ahli perniagaan ini berkahwin dengan Adira sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Pasangan ini menimang cahaya mata pertama yang diberi nama Anggerik pada 10 Mac 2017, manakala anak kedua Assan pada 9 September 2018 dan kini hamil empat bulan anak ketiga mereka.

Adnan bersama isteri pertamanya iaitu Sharifah Norshafila Hassim atau dikenali sebagai Datin Red mempunyai lima orang cahaya mata.

Sebelum perkahwinan itu, beliau pernah berkahwin dengan seorang wanita ketika berusia 20 tahun dan berpisah lima tahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu dia dikurniakan dua cahaya mata yang kini berusia 20 dan 15 tahun.

Adira, Datuk Red

Artikel Lain