suria

“Tahun 2019 masih ada perangai macam ni” - Baby Shima minta peminat tidak tertipu

Baby Shima akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengendali akaun palsu menggunakan namanya.
PENYANYI Baby Shima berang apabila ada pihak tidak bertanggungjawab mewujudkan akaun Facebook palsu menggunakan namanya.

Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 27, berkata dia akan membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang ke atas pemilik akaun media sosial berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bersihkan nama saya!” - Baby Shima terkejut dikaitkan dengan aktiviti pelacuran di Indonesia

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu kerap terima mesej dan foto lucah, Baby Shima buat report polis


"Kepada admin akaun tindakan dan laporan polis akan dibuat.

"Tak sangka dah 2019 pun masih ada lagi perangai macam ni, katanya.

Shima berkongsi mengenai perkara itu menerusi laman Instagram miliknya pagi Rabu.

Baby Shima berang terhadap pengendali akaun palsu


Dalam pada itu, Shima memberitahu dia tidak memiliki sebarang akaun Facebook peribadi selain meminta orang ramai untuk berhati-hati terhadap akaun palsu berkenaan.

"Mohon report dan berhati-hati terhadap akaun palsu.

"Shima tidak mempunyai sebarang akaun Facebook peribadi melainkan facebook pages," jelasnya.

Sementara itu, semakan mStar ke laman Facebook berkenaan mendapati beberapa posting dibuat pengendali akaun terbabit menggunakan foto Baby Shima.

Baby Shima, Facebook

Artikel Lain