PENYANYI Mimi Fly memberitahu dia sudah lali dan menyampah dengan kecaman netizen terhadap dirinya. Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham, 32, berkata dia menganggap kata-kata negatif itu menunjukan tahap kematangan seseorang itu. "Aku serius dah lali/menyampah dengan kecaman yang netizen lempar kat aku atau cerita belakang aku. ARTIKEL BERKAITAN: Mimi Fly tertarik dengan latar belakang budaya kekasih baharu dari Mesir Mimi sudah lali dikecam netizen. "Kesimpulannya luaran orang yang korang nilai ni tak pun mengesahkan kebaikan dan ketulusan dalam hati. "Bagi aku mulut kau yang busuk lebih menunjukan tahap kematangan kau mengharungi hidup zaman sekarang," kata Mimi menerusi Instastory. Mimi muat naik kenyataan tersebut seakan memerli netizen yang tidak henti mengecamnya dari segi penampilan. Dalam pada itu, penyanyi lagu Superfly ini menegaskan dia tidak pernah kisah dengan kritikan netizen mengenai gayanya berpakaian. Bagi Mimi, dia tidak mahu mengikut kehendak orang lain kerana mempunyai gaya tersendiri. Baginya, dia mempunyai gaya tersendiri dan hak untuk menentukan pakaian hariannya tanpa perlu mengikut kehendak orang lain. "Aku tak pernah pakai sebab orang suka. Orang suka ke tak suka ke tak pernah menjadi faktor aku pakai baju hari-hari. "Aku punyai stail. Aku punya hak. Aku tak pernah sibuk korang nak pakai apa. Lumrah kejadahnya bila aku artis, aku kena ikut kehendak kau? "Aku seorang penghibur dan setiap penghibur tu ada imej dia sendiri dan aku tahu aku berkembang dengan masa," ujarnya.