suria

Ain Edruce sudah dirisik, rancang kahwin tarikh menarik 20.02.2020!

Ain jangka majlis kahwin Februari tahun depan. Foto Instagram @ainedruce

PELAKON Ain Edruce menjelaskan foto yang dimuat naik di Instagram pada Jumaat bukanlah majlis bertunang sebaliknya rombongan merisik daripada kekasihnya Amirul Hafiz.

Menurut Ain, 28, kedua-dua pihak keluarga bersetuju untuk mengadakan majlis pertunangannya pada Jun depan.

"Ramai orang salah faham, sebenarnya itu majlis merisik bukan bertunang. Rombongan lelaki datang ke rumah semalam (Khamis).

"Insya-Allah, kami mungkin mengadakan majlis pertunangan Syawal ini. Doakan semoga semuanya dipermudahkan ya!," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Ain Edruce terkejut ramai ucap tahniah tapi tak ada majlis istimewa

Perkongsian Ain di Instagram.

Foto yang dikongsi dilaman tersebut menerima 50,000 tanda suka dan komen tahniah daripada peminat dan rakan artis.

Ditanya mengenai majlis pernikahan, pelakon drama Kekasih Paksa Rela ini berkata kedua ibu-bapa mereka memberi keizinan untuknya memilih tarikh bersesuaian.

"Tentang pernikahan, ibu bapa memberi peluang kepada kami untuk memilih tarikh yang sesuai.

"Kami akan berkahwin tahun depan dan rasanya 20 Februari 2020 itu macam menarik pula!," ujarnya yang sudah menjalinkan hubungan dengan Amirul kira-kira setahun lalu.

Ain Edruce

Artikel Lain