suria

DJ Lin masuk hospital, bakal jalani pembedahan fibroid

DJ Lin bakal jalani pembedahan fibroid.

PENYAMPAI radio Suria, DJ Lin dimasukkan ke hospital pada Jumaat selepas mengalami masalah pendarahan dan kurang oksigen dalam badan.

DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abd Majid, 41, berkata, bacaan tekanan darahnya tinggi dan hampir pitam akibat serangan penyakit vertigo.

"Saya memang ada masalah vertigo yang serius. Bila saya berdiri, rasa macam semua benda disekeliling saya bergerak sampai otot bahu dan leher rasa tegang. Benda tu buat saya tak stabil dan saya takut jatuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Kurang oksigen punca DJ Lin nyaris pengsan di bilik air

"Sudah lama saya tak kena serangan vertigo. Kali terakhir pada tahun lepas. Tapi dua tiga hari ni ia datang balik dan saya ada makan ubat semua. Cuma Khamis lepas ia semakin teruk. Makan ubat pun tak baik-baik.

"Saya ke klinik untuk pemeriksaan dan doktor terus beritahu saya kena masuk wad kerana bacaan tekanan darah sangat tinggi," ujarnya ketika dihubungi mStar.

DJ Lin pernah dimasukkan ke hospital pada Februari lalu.

DJ Lin yang juga merupakan Pengurus Program Suria ini tidak menyangka ketumbuhan fibroid yang dialaminya semakin membesar sehingga terpaksa menjalani pembedahan dalam masa terdekat.

"Sebenarnya ketumbuhan fibroid ini sudah beberapa tahun juga saya kena. Tapi tak sangka ia semakin besar.

"Doktor syorkan untuk saya menjalani pembedahan tapi saya nak beri peluang cuba inisiatif sendiri. Makan ubat dahulu.

"Sebenarnya ibu saya pun tidak tahu mengenai ketumbuhan ini. Bukan niat saya untuk membelakangkan keluarga atau peminat mengenai perkara ini cuma saya tidak mahu mereka bimbang," katanya.

Calon kategori Penyampai Radio Meletop, Anugerah MeleTOP Era 2019 ini dimasukkan ke hospital pada Jumaat kira-kira pukul 3 pagi selepas tekanan darahnya mencatat bacaan tinggi.

DJ Lin

Artikel Lain