suria

“Hujung minggu bersama keluarga, maghrib sudah di rumah” - Altimet jalani kehidupan selepas bersara

Walaupun sudah tidak jadi penyanyi, jadual Altimet masih padat dan sibuk.

SETELAH beberapa bulan mengumumkan bersara dari industri, Altimet mengakui masanya kini lebih banyak diluangkan bersama keluarga.

Menurut Altimet, 41, peluang bersama keluarga di hujung minggu merupakan antara perbezaan ketara selepas dia memilih untuk tidak lagi beraksi di pentas nyanyian.

"Sekarang kehidupan saya ada sedikit perubahan, bangun pagi saya selesaikan hal rumah dulu.

ARTIKEL BERKAITAN: Altimet sah bersara... kalau ada nak ‘tawar’ menyanyi tanya ibu dulu

"Kemudian pergi pejabat, mesyuarat, buat lagu untuk penyanyi lain dan kebiasaannya maghrib saya sudah ada di rumah.

"Paling banyak beza apabila hujung minggu saya ada di rumah, famili dah dapat saya semula," katanya kepada mStar.

Altimet habiskan masa hujung bersama keluarga.

Meskipun aktiviti hariannya berubah, penyanyi lagu Amboi ini berkata dia tidak pernah berasa bosan.

Malah, dia masih sibuk menghasilkan lagu untuk penyanyi lain dan dalam masa sama menguruskan perniagaan bersama rakan kongsi.

"Tak sempat nak rasa bosan sebab kerja masih banyak seperti dulu dan sekarang ni pun saya banyak buat lagu untuk artis lain.

"Terbaharu saya bakal terbabit sebagai penulis lirik lagu dalam sebuah projek Puan Sri Tiara Jaqcuelina yang akan diumumkan tidak lama lagi," katanya.

Dalam perkembangan yang lain, lagu nyanyian Altimet bersama Zizi Kirana berjudul Pendekar Pena kini dalam rangka promosi dan mula menerima sambutan hebat pendengar.

Altimet

Artikel Lain