suria

“Pendakwah muda... jangan mudah jatuh hukum seseorang secara terbuka” - Iqram Dinzly

Iqram Diznly minta pendakwah muda tidak menjatuhkan hukum sewenangnya.

PELAKON Iqram Dinzly menegur sikap segelintir pendakwah muda atau ustaz selebriti yang gemar menunding jari dan mencari kesilapan orang lain di laman sosial.

Menurut Iqram, 38, sebagai individu yang memiliki ilmu agama yang tinggi mereka seharusnya memberi penerangan sewajarnya mengenai sesuatu isu dan bukan menjatuhkan hukum sewenangnya.

"Pendakwah muda... jangan sesuka hati nak keluarkan dalil dan menjatuhkan hukum atas kesilapan orang lain secara terbuka.

ARTIKEL BERKAITAN: Iqram Dinzly Perlukan Pertolongan, Rawatan - Pakar

ARTIKEL BERKAITAN: Iqram Dinzly Jemput Mufti Ke Rumah

"Sebabnya anak muda kita ini banyak belajar daripada media sosial, mereka tak belajar berguru secara bersemuka dan bahaya bila mereka ambil bulat-bulat isi tersebut tanpa mengetahui maksud sebenar yang cuba disampaikan.

"Pelik dengan sikap mereka (pendakwah) yang suka menghentam seseorang secara terbuka, malah saya dapat tahu orang yang konon belajar agama tapi buat maksiat tipu orang sana-sini... apa tu?," katanya kepada mStar.

Iqram Dinzly minta pendakwah muda dekati mereka yang membuat kesilapan dalam hidup.

Pelakon drama Dunia Baru ini ditemui semasa sidang media program iftar @ Garden Palace di D'saji Titiwangsa, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Istimewanya Majlis Iftar @ Garden Palace, akan menggabungkan sembilan kumpulan nasyid yang bakal membuat persembahan bergilir-gilir mengikut hari sempena majlis berbuka puasa Ramadan nanti.

Antaranya kumpulan Rabbani, Raihan, Hijjaz, Inteam, Saujana, Unic dan ramai lagi.

Malah, pelanggan berpeluang menerima diskaun sebanyak 20 peratus jika membuat tempahan awal (early birds) pada April ni, manakala diskaun sebanyak 50 peratus untuk mereka yang datang pada hari pertama dan kedua.

Dalam pada itu, Iqram berpendapat golongan pendakwah ini sepatutnya mendekati golongan 'pendosa' dan melihat peribadi mereka secara menyeluruh.

"Saya ambil contoh, sebelum ini seorang usahawan dan personaliti media sosial dihentam teruk kerana keterbukaannya dalam sesuatu perkara tapi hakikatnya dia seorang yang memiliki akhlak mulia, menjaga kedua ibu bapa dan buat kebajikan.

"Tapi kerana kesilapannya itu, dia dikritik teruk sedangkan dalam hal dosa ini saya rasa semua orang berbuat dosa, kita semua tak ada beza.

"Tiada manusia yang sempurna dan pasti ada buat salah dalam hidup, sebab itu saya rasa sebaiknya pendakwah muda ini cuba dekati mereka ini terlebih dahulu," ujarnya.

Iqram Dinzly

Artikel Lain