PENYANYI Syamel dan Ernie Zakri berasa terkilan dan kecewa apabila persembahan mereka bersempena minggu setiausaha yang sepatutnya berlangsung di Hotel Marriot, Putrajaya pada Rabu ini dibatalkan. Menurut Ernie, dia sudah merangka pelbagai bentuk persembahan, namun menganggap tiada rezeki untuknya menghiburkan tetamu pada malam itu. "Secara peribadi saya terkilan sebabnya ini kali pertama saya mendapat tawaran menjayakan minggu setiausaha yang besar begini. "Saya dah rancang macam-macam untuk persembahan kami tapi nampaknya tak ada rezeki. Cumanya sedikit rasa lega apabila pihak pengurusan Rocketfuel ada memberi cadangan untuk mengadakan satu showcase buat kami," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Syamel pelengkap untuk lebih yakin... Ernie Zakri teruja mereka kembali disatukan ARTIKEL BERKAITAN: Sering berkepit dengan Syamel, Ernie kata akan teruskan selagi orang suka Syamel dan Ernie tak tahu punca ia dibatalkan. Syamel dan Ernie Zakri ditemui semasa sidang media Rocketfuel Entertainment yang diadakan di The Bee, Publika, Kuala Lumpur pada Isnin. Sementara itu, Syamel pula berkata dia tidak mengetahui punca persembahan minggu setiausaha itu dibatalkan oleh penganjur iaitu Nafis Global Resources Sdn Bhd. Ujarnya, sebagai penyanyi dia hanya menjalankan tanggungjawab di atas pentas, manakala hal-hal lain membabitkan pihak pengurusannya, Rocketfuel. "Apa punca batal atau tangguh, saya tak tahu sebab saya hanya menyanyi. Hal lain melibatkan pengurusan, sebaiknya mereka yang jawab. Pasangan ini akan hiburkan peminat dalam satu acara akan datang. "Kami pun tak boleh nak keluarkan kenyataan sebab ia berkaitan undang-undang dan lebih baik perkara itu ditanyakan kepada Rocketfuel! "Apa yang boleh saya kata... Insya-Allah akan ada persembahan kami berdua pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak," ujarnya. Dalam pada itu, penyanyi lagu Takkan Terlerai ini turut memohon maaf kepada peminat yang terkesan dengan pembatalan persembahan berkenaan. "Kami minta maaf pada semua yang kecewa. Kami percaya setiap perkara ada hikmahnya, mungkin selepas ini akan ada peluang untuk peminat bertemu kami dalam satu majlis yang lebih besar," kata Syamel.