suria

Kaedah ‘kebaikan’ cara Lisa Surihani didik anak, kongsi pengalaman di #StandTogetherNationalKindness

Lisa Surihani (tengah) bersama kanak-kanak sekolah dalam usaha menyebarkan budaya baik hati dalam kalangan pelajar itu.

PELAKON Lisa Surihani berkongsi kisah penjagaan anaknya yang turut menekankan sifat baik hati bersempena kempen #StandTogetherNationalKindness.

Lisa, yang juga salah seorang duta selebriti kempen tersebut bersama-sama Harith Iskander dan Jinnyboy berkata, sebagai sebahagian daripada individu yang terlibat dalam kempen itu membuatkan dirinya sebagai seorang ibu yang lebih memahami terhadap dua orang anaknya, Yahaira Leanne, 4, dan Yusof Leonne, 2.

"Anak-anak saya sedang membesar dan banyak perkara yang mereka masih tidak faham seperti sifat emosi cemburu, marah dan takut," katanya yang juga menggunakan kaedah baru melalui kebaikan telah mendorong kedua-dua anaknya dalam melakukan keputusan yang terbaik.

"Pada suatu hari, Yahaira rampas mainan daripada Yusof sehingga membuatnya menangis. Saya terpaksa duduk bersama Yahaira dan berkata 'Adik menangis, adakah awak tahu mengapa? Adakah awak fikir ada cara yang berlainan untuk dapatkan semula permainan itu?

"Dia berdiri di sana seketika, kemudian dia berkata 'mungkin kita boleh bergilir bermain permainan' yang membuatkan saya terkejut dan kagum, saya fikir ia adalah tindakan yang bagus," katanya.

TONTON: Suraya Borhan Menjemputi Anda Kepada 'Kindness Concert' 2019!

Minggu Baik Hati Kebangsaan atau #StandTogether, dijayakan oleh R.AGE dan pemaju hartanah SP Setia, telah memasuki tahun kedua yang berjaya dilaksanakan.

Hampir 9,000 guru, pelajar dan orang awam yang mendaftar dengan kempen untuk menunjukkan sokongan mereka dan ribuan pelajar menerajui gerakan kebaikan di sekolah masing-masing dengan menjalankan "Projek Kebaikan".

Sempena kempen ini, Konsert Kebaikan secara percuma akan diadakan iaitu pada 4 Mei 2019 di Pusat Konvensyen Setia City 2, satu acara untuk semua. Daftar di bit.ly/stconcert2019.

Lisa juga bakal menghadiri acara berkenaan untuk memberi sokongan terhadap kempen itu dan menggalakkan orang ramai mengambil bahagian serta bertanding agar menjadi warga Malaysia yang lebih baik.

"Kedengarannya hebat untuk berada di tempat yang meraikan sesuatu yang begitu penting dan dianggap kurang baik," katanya bersemangat.

Beliau juga menyeru agar rakyat Malaysia sentiasa membuat kebaikan kepada semua pelajar.

"Saya tidak mahu kanak-kanak berasa seperti mereka tidak mempunyai sesiapa, menjadi mangsa atau pembuli kerana kanak-kanak boleh berubah tetapi dengan syarat kita tidak putus asa untuk mereka," katanya.

TONTON: Konsert #StandTogether Kindness Concert - Di mana kebaikan melahirkan pendirian melawan kebencian. OLEH: CLARISSA SAY

Artikel Lain