suria

"Orang cerita macam-macam fasal Aiman" - Bapa Zahirah kata restu dia juga penting

BAPA kepada pelakon Zahirah MacWilson menyedari mengenai hubungan intim anak gadisnya dengan aktor Aiman Hakim Ridza menerusi laporan berita dan media sosial.

Menurut Zainol MacWilson, perkongsian gambar-gambar Zahirah dan Aiman di Instagram juga jelas membawa maksud hubungan mereka lebih daripada seorang kawan biasa.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau keluarga sudah restu kami akan bertunang” - Zahirah MacWilson


Aiman Hakim Ridza perlu restu Zainol MacWilson.

"Nampaknya mereka bukan sekadar berkawan, hubungan mereka kelihatan begitu intim.

"Namun saya tak berapa kenal sangat dengan Aiman. Saya tak tahu dia budak baik atau tidak. Saya tak tahu hal sebenar kerana orang boleh cerita macam-macam," katanya kepada mStar.

Saya tak berapa kenal sangat dengan Aiman. Saya tak tahu dia budak baik atau tidak.

-ZAINOL MACWILSON

Zainol atau nama sebenarnya Zainol Johari MacWilson, 60, yang menetap di Australia dihubungi mStar berhubung hasrat anaknya untuk mengikat pertunangan dengan Aiman.

Bagaimanapun kata Zainol, Zahirah dan Aiman perlu mendapatkan restu daripadanya terlebih dahulu jika pasangan itu serius.

Kisah cinta Aiman dan Zahirah dapat perhatian ramai.

"Memandangkan saya masih hidup, of couse the right thing to do kena minta restu ibu bapa.

"Kalau dua-dua restu, OK. Kalau dua-dua tak restu, tak OK. Kalau salah seorang sahaja yang restu pun tak OK juga," katanya.

Sebelum ini Zahirah memberitahu Aiman ada membawa keluarga untuk berkenalan dengan ibunya.

Bagaimanapun Zainol berkata dia tidak mengetahui mengenai pertemuan dengan bekas isterinya itu.

Pertemuan Aiman bersama ibu Zahirah, Maslinda Yusoff baru-baru ini.

Dalam pada itu, bekas pembaca berita TV3 ini berharap agar peminat Zahirah dan Aiman tidak terlalu teruja dengan kisah cinta mereka kerana kedua-duanya belum mempunyai ikatan yang sah.

“Saya juga faham tentang keterujaan peminat, mereka boleh berkata apa-apa tentang percintaan Zahirah dan Aiman.

"Sebagai bapa saya berhak menentukan yang terbaik buat masa depan Zahirah, restu ibu bapa adalah perkara penting dalam setiap perhubungan,” tambah Zainol.

Artikel Lain