suria

“Sedih lihat anak dipujuk bapa orang lain” - Rita Rudaini

Rita sebak melihat anaknya dipujuk bapa orang lain. FOTO: Instagram @ritrud727

PELAKON Rita Rudaini berkongsi perasaan sebak apabila melihat anak sulungnya, Ryan yang sedang bersedih dipujuk oleh bapa kepada rakan anaknya itu.

Menurut Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, dia terpaksa membiarkan anaknya duduk berseorangan selepas kecewa dalam acara sukan tahunan di sekolah.

ARTIKEL BERKAITAN: "Tak peduli nak kata saya rindu atau gila talak" - Rita Rudaini

ARTIKEL BERKAITAN: Tahun 2009 tu ‘sistur’ masih ada suami... Nak buat lagu mana? - Rita Rudaini

ARTIKEL BERKAITAN: Rita Rudaini dihujani mesej lelaki muda ajak kahwin

"Dari jauh mummy dah nampak muka dia kecewa... Memang taknak tegur dan biar dia duduk sorang, ambil masa bertenang.

"Akhirnya menangis juga... mummy sebak juga sebenarnya. Sebak sebab tengok daddy orang lain pula yang pujuk dan peluk dia.

"Ryan terlampau sedih sbb dari P1, P2, P3 jadi juara rumah hijau. Tapi tahun ni jatuh nombor dua. Its okay sayang, Ryan tetap nombor satu di hati mummy," katanya.

Kisah itu dikongsi Rita menerusi laman Instagramnya pada Khamis.

Rita bersama dua anak lelakinya, Ryan dan Arjuna.

Perkongsian Rita itu turut mendapat perhatian netizen termasuk rakan selebriti lain yang turut sebak dengan kisah itu.

Selain itu mereka turut memberi kata-kata semangat terhadap Ryan dan Rita untuk terus kuat.

Rita berkahwin dengan Aidil Zafuan pada 2008 dan bercerai pada 5 September 2013.

Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna, 8, yang kini di bawah jagaan Rita.

Rita Rudaini, Ryan

Artikel Lain