PENYANYI Bella Astillah memberitahu dia masih memerlukan masa bagi menyelesaikan kemelut rumah tangganya dengan penyanyi Aliff Aziz. Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 25, berkata apa juga tindakan yang ingin diputuskan perlu memikirkan tentang masa depan anak mereka, Mohamad Ayden Adrean. ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah jadi tempat mengadu wanita hadapi masalah suami curang ARTIKEL BERKAITAN: Dedah 3 video bukti Aliff curang hanya kepada keluarga, Bella maafkan pihak terlibat ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dah bagi peluang, Aliff Aziz buat hal lagi dengan pelakon baharu “Perkara yang terjadi ini memerlukan masa. Saya tak boleh nak fikirkan diri sendiri sahaja sebab kami pun masih mempunyai anak yang masih kecil. “Saya perlukan masa untuk menentukan ke mana arah rumah tangga kami. Saya tidak mahu anak membesar tanpa kasih sayang seorang ayah kandung. “Lagipun dalam keturunan keluarga saya, belum ada lagi yang pernah melalui episod bercerai. Jadi, kalau boleh saya nak kekalkan benda tu,” kata Bella kepada mStar. Bella ditemui di acara Char-Tea in love with Farah Nabilah @ friends di Dewan Tun Hussien Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Ahad. Sebelum ini, Bella mendedahkan tentang kecurangan suaminya Aliff Aziz yang didakwa mempunyai hubungan dengan pelakon Oktovia Manrose yang berusia 28 tahun pada penghujung Februari lalu. Ia bukan kali pertama Aliff Aziz bersikap sedemikian kerana sebelum ini dia pernah keluar bersama pelakon Afifah Nasir sehingga menjadi kontroversi. Bella bersama suaminya, Aliff Aziz dan cahaya mata mereka, Ayden. Dalam pada itu, Bella tidak mahu terlalu fokus mengenai kemelut rumah tangannya yang dihadapi sejak Februari lalu dan hanya ingin memberi tumpuan kepada perniagaan biskut raya serta kek batik. Menurut Bella, dia sudah melakukan solat istikharah dan hanya berserah kepada Allah untuk menentukan perjalanan kehidupannya selepas ini. “Buat masa ini perkara itu bukan keutamaan saya dan tidak mahu fokus mengenai kemelut rumah tangga saya sebab fokus utama saya sekarang hanya pada perniagaan dan anak sahaja. “Saya dah lakukan solat istikharah dan semuanya saya berserah pada Allah untuk kehidupan saya selepas ini. Orang boleh cakap macam-macam tapi keputusan atas diri saya,” ujarnya. Ketika ini Bella memberitahu dia masih belum tinggal sebumbung namun kerap berhubung dan berjumpa suaminya. Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ayden yang kini berusia dua tahun.