suria

“Sejujurnya rasa sakit sangat”- Azharina tahan sakit akibat tersandung ketika buat persembahan 'live'

Biarpun tersandung, Azharina masih meneruskan persembahan dengan baik.

PENYANYI Azharina memberitahu dia menanggung kesakitan selepas tersandung ketika membuat persembahan secara langsung di Grand Finale Look of Plus Size 2019 baru-baru ini.

Azharina, 34, berkata dia tetap meneruskan persembahan di Bukit Bintang pada keesokkan hari bagi mempromosikan konsert yang akan diadakan 29 Jun depan.

"Jujur selepas jatuh sewaktu persembahan petangnya, Nina rasa sakit sangat tetapi Nina tetap komited untuk teruskan promosi Konsert Nina di Bukit Bintang dan busking bersama @GenjiBuskers.

"Alhamdulillah ramai penonton hadir dan semua sporting habis nyanyi sama-sama dengan Nina," tulis Azharina menerusi laman Instagramnya.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Sayap’ ayam madu Azharina laris


Azharina berkongsi video dia tersandung ketika membuat persembahan secara langsung.

Sebelum ini, Azharina berkongsi kejadian kakinya tersandung dan hampir jatuh ketika sedang membuat persembahan secara langsung di Panggung Sari, Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

Azharina menganggap kejadian tersandung itu sesuai dengan tajuk lagu yang dipersembahkan iaitu I'm Alive nyanyian Celine Dion.

"Shhh jangan cakap orang Nina 'tersandung' ketika persembahan secara langsung di Grand Finale Look of Plus Size 2019 anjuran @AzharZainalDesign di Panggung Sari Kompleks Kraf KL kelmarin (Sabtu).

"Janji ya jangan cakap sesiapa. Nasib baik semua okey, sesuai dengan tajuk lagu I’m Alive," katanya menerusi laman Instagram.

Juara program Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) itu memuat naik video saat dia tersandung di media sosialnya.

Azharina.

Rata-rata pengikut di media sosialnya terhibur dengan Azharina yang tetap meneruskan persembahan dengan baik.

"The power of voice. Tak apa yang tersadung biarkan berlalu orang lagi terpukau dengan suara awak.

"Orang Sabah tetap steady. Akak Nina juga cover cayala... Apa-apa pun suara tetap mantap tiada goyang!

"Terbaik... Walaupun tersadung tapi nyanyian tetap mantap.," komen beberapa orang pengikut Instagramnya.

Azharina

Artikel Lain