suria

Aiman Tino murung, hilang semangat dan disindir rakan artis - Farah Hazel

Fara Hazel individu paling kuat beri sokongan moral kepada Aiman Tino

PENYANYI Farah Hazel yang juga kakak kepada Aiman Tino meluahkan rasa terkilan apabila terdapat beberapa rakan artis yang menyindir adiknya di laman sosial berkaitan kontroversi video panas buat kali kedua minggu lalu.

Fara atau nama sebenarnya Nurfaraazira Yusri berkata, dia kesal kerana tindakan rakan artis yang tidak sensitif itu membuatkan adiknya semakin tertekan hingga berdepan masalah kemurungan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Benda ni bodoh, saya tak buat macam tu” - Aiman Tino jawab video panas pakai baju jalur kuning

ARTIKEL BERKAITAN: Aiman Tino beri amaran! Ambil tindakan jika ada pihak terus sebarkan isu video lucah miripnya



Aiman Tino sekali lagi terpalit isu penyebaran video lucah minggu lalu.

"Saya akui Aiman kelihatan tertekan apabila isu ini timbul lagi. Namun saya dan ibu bapa menjadi penguat semangatnya dikala dia diuji buat kali kedua.

"Tetapi apa yang menyedihkan ialah ada pula rakan artis yang tidak sensitif dengan memuat naik kata-kata sindiran di laman sosial, mereka cuba mengeruhkan lagi keadaan," katanya kepada mStar.

Fara Hazel ditemui semasa sesi rakaman program Riuh Raya Suria FM yang diadakan baru-baru ini.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Setiaku Pasti turut berkata Aiman telah melalui fasa murung sehingga enggan bertemu orang ramai.

Fara jadi tempat mengadu Aiman.

"Pada awal tempoh video yang mengaitkannya itu tersebar, Aiman mengadu dia tidak bersemangat untuk berjumpa sesiapa.

"Malah dia rasa rungsing bagaimana nak buat show, namun semua kembali normal apabila dapat sokongan moral daripada keluarga malah dia semakin kuat dalam menempuh ujian ini," tambah Fara.

Mac lalu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Ku Rela Dibenci itu dilanda kontroversi liar apabila sebuah video seorang individu didakwa miripnya sedang melakukan perlakuan lucah tersebar luas di media sosial.

Tidak hanya terhenti di situ, satu lagi video separuh bogel memaparkan seorang lelaki mengenakan baju jalur kuning pula tersebar menyebabkan Aiman terpaksa membuat laporan polis terhadap individu yang menyebarkan video terbabit.

Artikel Lain