suria

Hamil ‘baby girl’ kedua, Hanez Suraya obses dengan Kpop!

Hanez obses dengan drama Kpop sejak hamil anak kedua.

PELAKON Hanez Suraya mengakui terlalu obses dengan drama-drama dari Korea Selatan dan muzik Kpop sejak hamil anak kedua.

Menurut Hanez, 34, dia sering menghabiskan masa di rumah dengan menonton televisyen dan menyaksikan program-program hiburan terbitan negara berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tekanan darah rendah sejak hamil anak kedua, Hanez Suraya terpaksa makan daging

ARTIKEL BERKAITAN: 5 tahun memujuk akhirnya suami izinkan Hanez Suraya berlakon

“Sebelum ini, saya memang meminati budaya dan industri Korea tapi tidaklah terlalu obses seperti apa yang saya alami sewaktu hamil kali ini.

“Sehinggakan, saya pernah mengajak suami saya untuk bercuti ke sana!” katanya kepada mStar.

Hanez ditemui di majlis pelancaran produk pewarna bibir, Cake Pop di Hotel Grand Millennium, Kuala Lumpur pada Rabu.

Disebabkan minat mendalam terhadap industri seni Korea, Hanez berkata dia tergerak hati untuk memasarkan produk pewarna bibir kerana terpengaruh dengan solekan semulajadi pelakon-pelakon Korea yang sering ditonton di layar kaca.

Hanez bersama suami dan anak-anak.

“Sebenarnya saya tertarik dengan solekan mereka dan suka tengok muka mereka, cantik sangat.

“Jadi, saya pun berbincang dengan suami untuk keluarkan produk kecantikan sendiri iaitu pewarna bibir dengan harapan pengguna akan dapat bibir yang cantik seperti pelakon Korea,” katanya.

Dalam majlis tersebut, Hanez turut mengumumkan bakal menimang cahaya mata perempuan yang dijangka lahir pada awal Julai depan.

Hanez berkahwin dengan Romie Razin Adilha Abd Rais pada 25 Mac 2015 dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Puteri Aleesya, 4 tahun.

Hanez dan suami bakal menimang cahaya mata perempuan pada Julai depan.

Hanez Suraya, hamil

Artikel Lain