PELAKON jelita Nora Danish memberitahu kurang selesa apabila pergerakkannya sentiasa diawasi pengawal peribadi. Nora, 38, berkata sering diekori pengawal peribadi itu juga membuatkan peminat berasa takut untuk mendekatinya. ARTIKEL BERKAITAN: Untungnya Nora Danish... tukar lampin, beri susu dibuat Nedim ARTIKEL BERKAITAN: Bayi dikutuk netizen, Nora Danish pesan ingat keluarga sendiri "Sejujurnya saya memang tak selesa langsung dengan mereka. Kadang-kadang saya suruh mereka kebelakang sikit atau tunggu sahaja dalam kereta. “Saya dah biasa tidak memiliki pengawal peribadi. Kalau di lokasi ramai krew yang menjaga. "Tapi mungkin Nedim terlalu banyak berfikir sehingga dia bimbang bila saya keluar sendiri," katanya kepada mStar. Nora ditemui pada majlis Tayangan Perdana Ramadan Astro 2019 di Bukit jalil pada malam Selasa. Bercerita lebih lanjut, katanya, selain sifat Nedim yang sangat mengambil berat tentang keselamatannya, sikap mudah lupa Nora juga membuatkan suaminya itu mengambil keputusan untuk 'memasang' pengawal peribadi. Nora memberitahu Nedim sangat mengambil berat soal keselamatan dirinya. "Nedim seorang yang sangat ‘protective’. Saya tak pernah ada bodyguard sebelum ini tapi sejak saya berkahwin dengannya, dia beritahu nak gajikan pengawal untuk teman kerana dia bimbangkan keselamatan saya. "Almaklumlah sekarang ni macam-macam perkara berlaku. Rogol, simbah asid, mencuri, itu yang menjadi kebimbangan Nedim. "Saya pula sejenis yang tak pandai jaga diri dan handphone pun selalu lupa, pembantu peribadi juga tiada. Jadi mereka sahaja lah yang saya ada," katanya. Selain dirinya yang kurang senang dengan pengawal, Nora mengakui ada peminat yang takut untuk mendekatinya. "Ada juga saya perasan komen-komen peminat yang beritahu nampak saya tapi takut nak tegur sebab muka bodyguard garang sangat. "Jadi saya cakap dengan mereka (bodyguard) kalau peminat nak ambil gambar kena bagilah. "Saya buat mereka faham keadaan saya," katanya. Nora mengakui ada peminat yang takut untuk mendekatinya. Dalam pada itu, bercerita mengenai bagaimana dia dan Nedim menguruskan bayi mereka iaitu Mohamed Neqayl Nedim, Nora menjelaskan ia menjadi semakin mudah apabila anaknya itu kini semakin membesar. "Neney memang sangat rapat dengan bapa dia dan juga saya... "Jadi kalau salah seorang daripada kami tiada, dia okay sahaja. "Kalau terpaksa sangat kami akan hantar Neney ke rumah mak kami," katanya. Pasangan romantis ini berkahwin pada 30 Mac 2017 dan ia adalah perkahwinan kedua buat mereka. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Mohamed Neqayl Nedim atau Neney. Hasil perkahwinan pasangan romantis ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Mohamed Neqayl Nedim. Sebelum ini, Nora pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli dan mereka mempunyai seorang anak iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram berusia 10 tahun. Mereka bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun berkahwin. Nedim juga seorang duda anak satu selepas bercerai pada tahun 2013 dan mendapat anak lelaki, Mohamed Nedrin atau Dre, 10 tahun. Dalam perkembangan terkini Nora memberitahu dirinya sedang sibuk mempromosikan drama bersiri Imaan yang akan ditayangkan pada 1 Mei setiap Rabu hingga Jumaat di saluran Astro Ria/HD.