suria

Dulu fitnah mulut ke mulut, sekarang lebih mudah guna laman sosial -Ismail Izzani

Ismail menyedari zaman teknologi semakin canggih memudahkan orang untuk menyebarkan fitnah. Foto: YAP CHEE HONG.

PENYANYI Ismail Izzani memberitahu di zaman teknologi yang semakin canggih kini membuatkan lebih mudah untuk segelintir pihak menyebarkan fitnah.

Ismail, 19, berkata jika dahulu orang menyebarkan fitnah dengan hanya 'mulut ke mulut' namun kini menggunakan akaun palsu di laman sosial pula.

"Kita tahu zaman sekarang ini pengaruh media sosial sangat kuat dan teknologi sekarang pun sudah semakin canggih.

"Orang dah boleh main fitnah dengan cara lain. Kalau dahulu, kita hanya tahu cerita dari mulut ke mulut.

"Tapi sekarang ni, orang dah boleh buat akaun palsu untuk sebarkan fitnah macam tu sahaja," kata Ismail kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Ismail Izzani cabar keluarkan versi penuh video bogel didakwa miripnya


Ismail menafikan dirinya adalah individu dalam video bogel yang tersebar di laman sosial.

Sebelum ini, penyanyi lagu Luar Biasa ini berasa kesal atas penyebaran gambar bogel yang menggunakan wajahnya di laman sosial.

Menurut Ismail, dia mencabar individu terbabit menyebarkan foto tersebut untuk mengeluarkan video penuh yang didakwa miliknya.

Dalam pada itu, Ismail menganggap apa yang berlaku itu merupakan cabarannya sebagai pendatang baharu dalam industri seni.

Ismail anggap apa yang terjadi merupakan cabaran buatnya.

Menurut Ismail, dia tidak mampu untuk membuatkan semua orang menyukainya dan memuaskan hati semua pihak.

"Bagi saya, apa yang terjadi itu perkara kecil. Ada banyak lagi cabaran yang perlu saya lalui dan ini baru permulaan.

"Saya masih baru dan muda dalam industri seni. Banyak lagi yang perlu saya belajar dan kita sendiri pun kena tahu apa yang kita lakukan.

"Itu sudah mencukupi sebab saya tahu, saya tak boleh buat semua orang suka saya dan saya juga tak boleh puaskan hati semua orang," ujarnya.

Ismail Izzani

Artikel Lain