suria

“Semoga tabah, Allah mengetahui segalanya” - Peminat beri kata-kata semangat kepada Zizie

Netizen meminta Zizie dan suami tabah dan kuat berdepan ujian hidup.

BERITA penahanan pelakon Zizie Ezzete dan suaminya yang juga merupakan Ahli Parlimen Kinabatangan iaitu Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Rabu mengejutkan ramai pihak.

Menerusi foto terbaharu yang dimuat naik di Instagram, pelakon drama Suraya ini menerima pelbagai komen dan reaksi daripada pengikut.

Rata-ratanya meminta kakak kepada Shaheizy Sam ini bersabar dan mendoakan agar kebenaran terbukti kelak.

ARTIKEL BERKAITAN: SPRM sahkan tahan Bung Moktar, Zizie... didakwa Jumaat

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak fasal saya pengsan nanti” - Ibu Zizie Ezette tak tahu anak ditahan SPRM

"Semoga tabah sis... jangan risau rakyat tahu siapa betul siapa salah, nikmatilah kehidupan anda bersama anak-anak.

"Tabah ya, semoga Allah mempermudahkan urusan Zizie dan suami. Amin!

Zizie bersama anak-anaknya.

"Saya doakan semoga Allah melindungi Zizie, suami dan keluarga. Sesungguhnya Allah maha mengetahui segalanya," tulis netizen.

Hasil pemerhatian mStar, Zizie masih aktif memuat naik foto bersama anak-anak seperti tiada apa yang berlaku.

Pasangan suami isteri itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) pada pagi Rabu bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah melibatkan nilai sekitar RM3 juta.

Khaty Fauziah terkejut dengan berita penahanan anaknya.

Mereka bagaimanapun dibebaskan selepas memberikan kerjasama penuh kepada SPRM selama hampir lapan jam.

Zizie dan suami dijangka akan didakwa pada Jumaat.

Untuk rekod, Zizie berkahwin dengan Bung Mokhtar yang juga merupakan Ahli Parlimen Kinabatangan pada 2009.

Pasangan ini dikurniakan cahaya mata kembar lelaki yang diberi nama Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette yang lahir pada 30 November 2017 dan seorang bayi perempuan pada 1 Mac lalu.

Zizie Izzete, Bung Mokhtar

Artikel Lain