suria

Ika Nabella tayang 'baby bump', pasang niat nak puasa penuh

IKA menerima banyak ucapan tahniah dan nasihat agar menjaga kesihatan diri dan kandungannya.

SELEPAS tiga tahun melayari bahtera perkahwinan, pelakon Ika Nabella berkongsi berita gembira dengan peminatnya apabila dia kini hamil anak pertama.

Ika atau nama sebenarnya Ika Nabila Abdul Rahim, 30, bagaimanapun tidak menyatakan usia kandungannya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ika Nabella Mohon Maaf Isu Cium Suami

ARTIKEL BERKAITAN: “Di belakang saya, itu antara dia dengan Allah” - Ika Nabella, suami tak kongsi ‘password’

"Assalamualaikum Ramadan... InsyaAllah jika diizinkan Allah, suami benarkan, puasa penuh la Ika tahun ni.

"Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Tolong doakan yang paling baik.

"Semoga doa-doa itu berbalik pada kalian. Kini, saya boleh gunakan emoticon ibu hamil," ujarnya.

Pasangan romantis Ika Nabella dan suami bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Berita gembira itu diumumkan pelakon drama Awang Gerudi ini menerusi Instagram miliknya pada malam pertama Ramadan iaitu Ahad.

Sementara itu, di ruangan komen foto terbabit meriah dengan ucapan serta doa peminat yang turut gembira dengan kehamilannya.

Ika dan suami, Muhammad Zaid, 32, mengikat tali pertunangan pada 14 Mei 2016 sebelum berkahwin pada 30 Julai 2016 di Dewan Batu Maung, Pulau Pinang.

Ika Nabella, hamil

Artikel Lain