suria

“Berbakti pada suami bukan bererti kita orang gaji” - Nora tak lagi sibuk memasak, jalani kehidupan berbeza pada Ramadan

Nora akui menjalani kehidupan sepanjang Ramadan kali ini berbeza.

PENYANYI Nora Ariffin memberitahu dia menjalani kehidupan berbeza pada tahun kedua Ramadan tanpa Allahyarham suaminya, Johan Nawawi.

Nora atau Wan Norafizah Wan Ariffin, 45, berkata dia tidak sibuk memasak dan mengutamakan juadah berbuka puasa, sebaliknya lebih menghabiskan masa dengan membaca al-Quran.

"Dulu... Waktu-waktu begini saya sibuk di dapur masak untuk suami dan anak-anak. Tak sabar tunggu suami pulang nak jamu hidangan istimewa.

ARTIKEL BERKAITAN: “Rindu tak terkata… dia tak pernah mati” - Nora Ariffin

ARTIKEL BERKAITAN: “Hari ini saya dan arwah Johan dapat menantu” - Nora Ariffin


Status yang dimuat naik Nora.

"Kini dah tak sama. Alhamdulillah, syukur... Sekarang sibuk mentelaah Quran, tafsir dan lain-lain.

"Bila umur meningkat masak dan makan bukan keutamaan lagi. Itulah kehidupan," tulis Nora menerusi Instastory miliknya.

Komposer Johan meninggal dunia selepas dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Subang Jaya pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema ini memberi nasihat kepada pengikut wanita di laman sosialnya untuk berbakti kepada suami yang masih hidup.

Nora dan arwah suaminya, Johan Nawawi.

Nora juga menganggap maksud berbakti itu bukan seperti orang gaji namun ia lambang kasih seorang isteri yang patuh pada suaminya.

"Moralnya... Kepada yang masih ada suami, berbaktilah pada syurgamu dan jaga suami sebaik mungkin, walaupun dia tak sempurna.

"Berbakti pada suami bukan bererti kita orang gaji. Ianya lambang kasih seorang isteri yang patuh pada suami.

"Kerana Allah selain mendapat pahala, percayalah suami akan sentiasa bersama," katanya.

Nora Ariffin, Johan Nawawi

Artikel Lain