suria

“Mereka sengkek 'content'?” Andi Bernadee bengang dimalukan tak tahu doa buka puasa

Andi bengang sikap sebuah majalah tempatan.

PENYANYI Andi Bernadee kecewa dengan tindakan pihak editorial sebuah majalah tempatan yang memuatnaik video memaparkan dia seakan-akan tidak menghafal doa berbuka puasa.

Menurut Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile, perkara itu sengaja dilakukan pihak terbabit bagi mengejar rating.

ARTIKEL BERKAITAN: Andi Bernadee luah perasaan sering kena maki

ARTIKEL BERKAITAN: Muka seiras Suneo dalam cerita 'Doraemon'... Ini komen Andi Bernadee!

"Bagi saya mereka hanya mengambil kesempatan... tiba-tiba trafik mereka naik sebab benda itu sahaja. Mereka sengkek dengan content ke?

"Yang saya bengang sekarang ni kenapa mereka perlu buat macam tu? Apa yang mereka mahu?

"Nak jadikan role model melalui perkara-perkara begini?" katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Andi menjelaskan video berkenaan dimuat naik tanpa kebenarannya.

Andi meluahkan kekesalanya terhadap majalah berkenaan yang dengan sengaja memuatnaik video dia bersama dua lagi penyanyi muda iaitu Ismail Izzani dan Tajul sedang diajukan beberapa soalan berkaitan Ramadan secara spontan.

Andi bagaimanapun dilihat seolah-olah terlupa bacaan doa berbuka puasa.

Susulan itu netizen mula membanjiri ruangan komen pada posting video berkenaan dengan pelbagai kecaman dan penghinaan terhadapnya.

Bercerita lanjut mengenai insiden itu, Andi berkata, rakaman itu diambil secara tiba-tiba ketika dia sedang menjalani sebuah penggambaran untuk sebuah program televisyen.

"Sejujurnya saya bukan tak tahu doa berbuka, cuma ketika itu saya sedang menjalani penggambaran televisyen dan bukannya untuk mereka. Kami sedang bergurau dan mereka datang bawa kamera dan terus rakam.

Andi memohon maaf kepada peminat yang tersinggung dengan video berkenaan.

"Kami dah pesan awal-awal jangan upload video itu sebab tahu mesti akan dikecam... mereka juga sudah berjanji (untuk tidak muat naik). Tak sangka mereka buat juga. Dah upload video tak reti nak tag kami. Mengapa? Takut kami perasan fasal video tu?" katanya penuh kecewa.

Selain itu Andi turut menyelar tindakan majalah berkenaan yang disifatkan gagal menjalankan peranan media dalam menyebarkan perkara positif.

"Sepatutnya artis dan media rapat kerana kita saling bekerjasama dan bukan menjatuhkan imej seseorang.

"Tapi sebab mereka pentingkan diri, nak dapatkan trafik dan tahu boleh jadi viral... sanggup buat perkara itu.

"Tapi untuk majalah itu, mereka memang gagal! Gagal membawa tanggungjawab untuk menyampaikan benda-benda yang baik," katanya.

Antara komen yang ditinggalkan netizen.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Donde ini turut memohon maaf kepada peminat yang terguris dengan insiden berkenaan.

"Jauh di sudut hati saya memang terasa dengan mereka (pihak majalah).

"Tetapi tak mengapa, saya anggap ia sebagai pengajaran dan ujian untuk saya. Apa yang saya belajar, dalam dunia ni ada orang yang kita boleh percaya dan ada yang tidak.

"Buat peminat, saya mohon maaf dengan perkara itu. Apa yang kita kena ingat ini zaman memfitnah dan kecam-mengecam," ujarnya.

Andi Bernadee, majalah remaja

Artikel Lain