suria

Kamal Adli tak nak sakitkan diri lebih rela hidup ‘single’

Kamal Adli selesa hidup bersendirian dan mahu fokus terhadap kerjaya.

SELEPAS beberapa kali gagal dalam percintaan, pelakon Kamal Adli berkata dia kini lebih selesa hidup bersendirian tanpa terlalu memikirkan soal jodoh.

Menurut Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 33, status single membolehkan dia lebih fokus terhadap kerjaya lakonan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi kisah 'tak masuk akal' letupkan katak, Kamal Adli ditegur Maya Karin

ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli Kecewa Dengan Janji Palsu

"Secara jujurnya saya sedang belajar untuk hidup single... Saya tak cakap hidup sendirian lebih bagus, ia lebih kepada beri ruang buat diri sendiri.

"Sebelum ni kalau putus dengan seseorang, saya terus sambung dengan orang lain dan tiada ruang untuk diri sendiri.

"Jadi sekarang apabila dah ada masa sendiri, baru saya dapat susun dan rancang semula apa yang saya nak capai dalam kehidupan," katanya kepada mStar.

Tambah Kamal, kegagalan dalam percintaan sebelum ini banyak mengajarnya untuk menjadi lebih matang sambil menjelaskan dia juga dalam fasa untuk menjadi lebih baik.

Kamal dan Emma pernah dikhabarkan menjalin hubungan cinta.

"Perhubungan sebelum ini terlalu berat dan sukar untuk saya kerana melibatkan banyak pihak. Namun saya dapat belajar banyak perkara termasuk menerima kenyataan hubungan itu gagal mungkin atas kesilapan saya sendiri.

"Sekarang mungkin masa terbaik untuk saya fokus dalam bekerja. Kalau jodoh saya sampai, adalah. Saya tak nak sakitkan diri saya atau buat pasangan saya sakit hati. Nanti mereka mula rasa saya tak serius," ujarnya.

Kamal sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta bersama pelakon popular, Intan Ladyana sebelum putus pada tahun 2014.

Aktor ini kemudiannya dikhabarkan bercinta dengan pelakon drama Awak Suka Saya Tak, Emma Maembong. Bagaimanapun kedua-dua mereka menafikan gosip itu sebaliknya mengakui hanya berkawan rapat.

Hubungan cinta Kamal Adli dan Intan Ladyana tidak kesampaian apabila putus pada 2014.

Terkini, Kamal dikatakan sedang berkawan rapat dengan pelakon sensasi, Uqasha Senrose.

Dalam pada itu, Kamal memberitahu dia lebih selesa memilih anak seni sebagai pasangan hidup kerana mudah memahami waktu bekerja masing-masing.

"Sekiranya diberi pilihan orang biasa atau anak seni, saya lebih memilih anak seni kerana orang yang dalam industri lebih mudah untuk memahami cara bekerja.

"Cuma... masalah yang dihadapi ketika ini adalah saya nak cari pasangan yang tidak mempunyai kawan yang ada pengaruh lebih kuat daripada saya.

"Kalau banyak sangat campur tangan dari luar, hubungan akan jadi tak best," katanya.

Kamal dan Uqasha Senrose dikatakan sedang bercinta.

Kamal Adli, jodoh

Artikel Lain