PELAKON dan penyanyi Alvin Chong memberitahu dia ingin mencuba untuk berpuasa disebabkan mempunyai ramai kawan yang beragama Islam. Menurut Alvin, cubaan hari pertama dia untuk berpuasa menyebabkan bibirnya kering, muka ditumbuhi jerawat dan suaranya hampir hilang. "Saya nak cuba bersahur dan kalau ada yang bertanya kenapa saya berpuasa, ia kerana saya ada ramai kawan muslim. ARTIKEL BERKAITAN: Alvin Chong kecewa sering diminta bersunat dan tukar agama Alvin berkongsi pengalaman bersahur dan berpuasa pada hari pertama. "Tadi saya bangun pukul 12 tengah hari tanpa minum air apa-apa. Disebabkan itu, bibir saya jadi kering, jerawat naik, mulut berbau dan suara saya hampir hilang. "Saya rasa haus dan perut pun dah berbunyi. Tapi saya tak nak fikir fasal lapar," kata Alvin menerusi Instastory miliknya. Penyanyi lagu Mencintaimu 99% berkongsi perjalanan sehariannya berpuasa menerusi laman sosialnya. Menerusi perkongsian tersebut, Alvin juga berkata dia hanya bersahur dengan makan tiga biji kurma, pisang, timun, yogurt dan kekacang. Alvin Chong. Dalam pada itu, setengah jam sebelum waktu azan maghrib, Alvin menerima jemputan untuk berbuka puasa bersama keluarga rakannya. "Saya ada terima beberapa jemputan untuk berbuka puasa dengan keluarga rakan saya dan akan berbuka dengan mereka. Saya sangat lapar!" ujarnya. Sebelum ini Pelakon drama bersiri Awak Suka Saya Tak itu pernah cuba berpuasa namun tidak sepenuhnya pada tahun lalu.