PELAKON Nonny Nadirah terkejut apabila darah mengalir keluar daripada mulutnya dalam kuantiti yang banyak secara tiba-tiba. Menurut Nonny, 30, dia berada dalam keadaan sihat dan tidak mempunyai sebarang tanda sakit namun hairan mengapa simptom itu berlaku. "Tengah duduk diam dan tiba-tiba keluar banyak darah daripada mulut, tak ada batuk tak ada apa. ARTIKEL BERKAITAN: Nonny Nadirah tidak pernah kata sihir pemisah punca dia bercerai "Sebab panas ke apa? Tak tahu... korang pernah kena macam ni ke?," tulisnya. Nonny mahu lakukan pemeriksaan pakar terlebih dahulu. Pelakon yang popular menerusi drama Istikharah Cinta ini berkongsi mengenai kejadian aneh itu di Instagram pada Selasa. Sementara itu, Nonny memberitahu kemungkinan tekanan atau stres menjadi punca berlakunya gejala aneh tersebut. Bagaimanapun, dia hanya akan berkongsi mengenai punca penyakit itu setelah melakukan pemeriksaan di klinik. "Semasa saya kongsi video itu awal pagi tadi, saya seorang diri... jadi tengah hari ini baru nak pergi klinik untuk buat pemeriksaan. View this post on Instagram Korang pernah kena mcm nie ke? Tgh duduk diam2 dan tiba2 darah dari mulut keluar byk... xde batuk xde apa.. ke sebab panas ke apa.. xtauu... ? A post shared by ? Nonny Nadirah ? (@nonnynadirah) on May 6, 2019 at 10:41am PDT "Doakan semuanya tak ada apa-apa, mungkin sebab saya terlampau stres, saya kena check dulu tapi minta dijauhkan daripada benda-benda yang kita tak nak, nanti saya update selepas saya pulang klinik ya," ujarnya. Dalam pada itu, Nonny meluahkan rasa terharu apabila masih ramai peminat yang memberikan sokongan dan mendoakan dia segera pulih. "Tak sangka masih ramai yang mengambil berat tentang diri saya. Minta anda doakan semoga saya terus tabah menghadapi dugaan hidup. "Terima kasih banyak dan saya sayang anda semua. Doakan yang terbaik!," katanya menerusi siaran langsung di laman tersebut.