suria

“Barang harga seratus, minta iklan macam bayar RM3,000” - Shima Anuar kesal sikap peniaga minta promosi tak masuk akal

Shima lebih gemar melayan peniaga atas talian yang tidak memaksanya untuk mengiklankan produk mereka di laman sosialnya.

PELAKON Shima Anuar memberitahu dia tidak gemar untuk bekerjasama dengan peniaga yang bersikap terlalu memaksa bagi mempromosikan produk di laman sosialnya.

Menurut Shima, 28, dia pernah berhadapan dengan peniaga yang memintanya untuk membuat ulasan produk tidak berkualiti dengan cara melampau dan tidak masuk akal.

ARTIKEL BERKAITAN: “Hamil pun tak boleh comot nanti suami tak kenal bini ke bibik”- Shima Anuar tergelak kapsyen gurauan jadi perbalahan netizen


Shima dedah ada segelintir peniaga yang memintanya untuk membuat ulasan produknya dengan cara tidak masuk akal.

"Saya suka kalau peniaga-peniaga yang macam ni. Bukan dengan cara memaksa. Kadang-kadang hantar barang tak seberapa tapi minta iklan melampau-lampau dan tak masuk akal.

"Contoh, caj untuk satu iklan RM1000, tapi awak tak ada peruntukan dan awak nak bagi barang awak yang harga RM100.

"Tapi minta iklan macam awak bayar RM3000. Tak boleh la," tulis Shima menerusi laman Instastory miliknya.

Pelakon filem Highland Tower ini memuat naik paparan skrin mesej peniaga yang memintanya untuk mengulas produk tanpa paksaan.

Dalam pada itu, Shima menjelaskan dia bukan seorang yang bersikap terlalu berkira namun semua orang sama-sama mencari rezeki.

Shima tidak kisah membuat ulasan percuma jika produk dan perkhidmatan yang ditawarkan bagus.

Malah, dia tidak pernah kisah untuk membuat ulasan produk secara percuma berulang-kali sekiranya peniaga tersebut mempunyai barang atau perkhidmatan yang bagus.

"Bukan nak berkira, tapi awak kena tahu, sama-sama cari makan kan? Jadi, faham-fahamlah sendiri. Saya sendiri pun bukan sejenis yang berkira.

"Kalau ada barang atau perkhidmatan yang bagus, saya tak kisah pun review secara pecuma. Ada tu, berkali-kali saya promosi.

"Cumanya, bila awak nak minta tolong orang, jangan buat orang tu rasa menyampah. Insya-Allah mesti orang tu tolong," ujarnya.

Shima Anuar

Artikel Lain