suria

Farah Nabilah sedih pertama kali jalani penggambaran sepanjang Ramadan

Farah pertama kali menjalani penggambaran drama bersiri sepanjang bulan Ramadan.

PELAKON Farah Nabilah memberitahu dia berasa sedih apabila buat pertama kali terpaksa menjalani penggambaran drama bersiri sepanjang bulan Ramadan.

Farah atau nama sebenarnya Farah Nabilah Saipuddin, 27, bekata dia bagaimanapun sudah meminta cuti beberapa hari terlebih awal untuk meluangkan masa bersama keluarga.

"Tu la memang agak sedih juga sebab tak dapat nak berbuka puasa sangat dengan keluarga sebab saya kena menjalani penggambaran drama sepanjang bulan Ramadan ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya selesa dengan hero tinggi”- Farah Nabilah idam berlakon disamping Remy Ishak


Farah ambil cuti beberapa hari untuk luangkan masa bersama keluarga.

"Kalau ikutkan, ini kali pertama saya bekerja sepanjang berpuasa untuk penggambaran drama yang panjang. Sebelum ini, saya pernah la juga shooting telefilem waktu Ramadan tapi sekejap sahaja.

"Tapi saya dah minta beberapa tarikh untuk cuti supaya dapat luangkan masa juga dengan keluarga. Kalau tak, nanti  kesian dekat diri sendiri sebab tak dapat nak berbuka puasa dengan keluarga," kata Farah kepada mStar.

Menurut Farah, dia kini sedang menjalani penggambaran drama Kau Yang Satu bersama pelakon Fikry Ibrahim untuk slot Akasia yang akan ditayangkan Ogos depan.

Dalam pada itu, pelakon drama Cik Reen Encik Ngok Ngek ini mendedahkan pada mulanya dia dan Fikry enggan menerima tawaran untuk berlakon di bulan Ramadan.

Farah selesa bekerjasama dengan Fikry.

Namun, dia memikirkan watak yang ditawarkan berbeza daripada sebelum ini dan memujuk Fikry untuk mencabar diri memegang karekter yang lebih berat.

"Sebenarnya awal-awal tu saya dan Fikry tak nak ambil tawaran tu sebab kena shooting waktu bulan puasa kan. Fikry pun tak nak sebab nak balik kampung jaga mak dia.

"Tapi bila fikir balik watak yang diberikan itu berlainan dan lebih serius, jadi saya pujuk Fikry untuk cabar diri cuba bawa karekter lebih berat.

"Lagipun, ini kali pertama Fikry dapat peluang membintangi drama slot Akasia dan bukan senang nak dapatkan. Saya sebelum ini dapat pun melompat-lompat," ujarnya. 

Farah Nabilah, Fikry Ibrahim

Artikel Lain