suria

Dua kali gimik bertunang, Jaa Suzuran risau rakan tak hadir majlis sebenar

Jaa Suzuran cetus sensasi kononnya bakal dedah wajah tunang

SELEBRITI Jaa Suzuran memohon maaf jika ada peminat yang mempercayai gimik pertunangan bagi memperkenalkan koleksi tudung jualannya yang dibuat melalui laman Instagram pada Rabu.

Jaa, 25, turut mendedahkan ia bukan kali pertama melakukan gimik seperti itu, malah pernah menipu rakan-rakannya berkaitan majlis pertunangan pada empat tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Di mana yang over” - Soal Jaa Suzuran selepas dikritik gagal jadi hos ‘Meletop’


Jaa memberi bayangan seakan-akan mahu memperkenalkan wajah tunangnya.

“Saya tak merancang pun untuk lakukan gimik sedemikian, idea mula tercetus apabila terkenang kembali 'prank' yang saya pernah lakukan empat tahun lalu apabila menjemput rakan-rakan ke rumah untuk majlis pertunangan saya sedangkan ia cuma majlis hari lahir anak saudara.

“Namun saya mohon maaf kalau ada mereka yang mempercayai pengumuman tersebut, ia sekadar hiburan bagi mempromosikan koleksi tudung keluaran saya bersempena lebaran yang akan tiba. Jangan risau saya masih 'single and available',” kata Jaa kepada mStar.


Ada peminat tidak percaya wajah transformasi Jaa selepas bersolek serta mengenakan tudung dan baju kurung.

Jaa yang turut mengenakan tudung dan berbaju kurung dalam gimik tersebut mengakui bahawa ada segelintir yang tidak mempercayai bahawa dia adalah 'wanita' bertudung dalam video berkenaan.

Dalam pada itu, Jaa berkata, ibunya pasti memarahi tindakan dia memakai pakaian seperti wanita seperti dalam video tersebut.

“Rasanya mak saya belum lagi menonton gelagat saya mengenakan baju kurung tu, cuma adik-adik sahaja yang sudah tonton.

“Dan pasti saya akan dimarahinya kerana berkelakuan demikian, namun saya sudah siap sedia dengan alasan saya tersendiri,” tambah Jaa.

jaa suzuran

Artikel Lain