SELEPAS Zizi Kirana, penampilan terbaharu penyanyi Farahdhiya memakai tudung menarik perhatian netizen di laman Instagram. Farah atau nama sebenarnya Farahdiya Mohamed Amin, 34, berkata, hatinya terbuka untuk berhijab ketika Ramadan selepas terbaca mengenai kempen di laman sosial. ARTIKEL BERKAITAN: Zizi Kirana ajar budak mengaji Al-Quran, amal baca bacaan Yasin setiap malam Jumaat ARTIKEL BERKAITAN: Farahdhiya sindir netizen selepas ditegur perut buncit "Sudah tentu saya pakai tudung atas kerelaan sendiri. Tetapi saya minta orang ramai untuk tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi kerana saya masih belum bertudung. "Saya berhijab bukan sebab ada mimpi atau apa... sebaliknya terbuka hati selepas melihat cabaran di laman sosial. Tak berani cakap akan mengenakan hijab sepanjang Ramadan. "Saya berharap netizen tak marah jika ternampak saya tidak berhijab nanti," katanya ketika dihubungi mStar. Farah bersama beberapa rakan selebriti meraikan sambutan hari jadi ke-34. Farah bersama beberapa rakan selebriti meraikan sambutan hari jadi ke-34. Penyanyi lagu Bertakhta Di Hati itu berkongsi beberapa keping foto yang dimuat naik di laman Instagram pada Jumaat. Menerusi gambar berkenaan, Farah dilihat ayu mengenakan tudung sewaktu meraikan sambutan hari jadinya di sebuah restoran mewah di Kuala Lumpur pada Jumaat. ARTIKEL BERKAITAN: "Saya suka pakai tudung, tak perlu risau nak 'flip' rambut" - Netizen puji Jasmine Suraya cantik berhijab Selain itu, Farah turut menggunakan tanda pagar #RamadanHijabChallenge sebagai menyahut cabaran bersempena bulan mulia. Dalam pada itu, rata-rata netizen gembira dan memuji penampilan terbaharu Farah, tidak kurang juga mendoakan agar penyanyi itu untuk terus istikomah. Terdahulu, penyanyi Zizi Kirana menyahut cabaran #RamadanHijabChallenge selepas berkongsi foto dia mengenakan tudung selain mengamalkan bacaan Yasin setiap malam Jumaat. Farah begitu anggun mengenakan tudung dengan kebaya biru.