suria

Tiga kali kantoi curang antara 7 kontroversi Aliff Aziz sejak bergelar artis!

Aliff Aziz sering terbabit dengan kontroversi.

SEJAK melangkah ke industri hiburan pada tahun 2007, nama penyanyi Aliff Aziz tidak pernah sunyi daripada terpalit pelbagai kontroversi.

Penyanyi yang memulakan kerjaya dengan lagu Sayang Sayang ini boleh dikatakan dihimpit kontroversi saban tahun.

Terbaharu, suami kepada penyanyi Bella Astillah ini dikatakan curang buat kali ketiga apabila tular foto miripnya yang tidak berbaju bersama seorang gadis berpakaian seksi tersebar di laman sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Foto mirip Aliff Aziz tersebar lagi, tak pakai baju dengan minah Tiktok

ARTIKEL BERKAITAN: Bella nekad teruskan kehidupan tanpa Aliff, katanya "mental dan fizikal saya terganggu"

Selain foto, turut tersebar satu rakaman video live Instagram memperlihatkan lelaki yang juga dikatakan menyerupai Aliff bersama wanita sama dikenali sebagai Nismell.

Jom kita semak beberapa fakta menarik mengenai penyanyi lagu Sayang Sayang ini!


1. Aliff atau nama sebenarnya Muhammad Aliff bin Aziz dilahirkan pada 16 Februari 1991 berasal dari Singapura.

2. Aliff merupakan anak sulung daripada tiga beradik dan berdarah kacukan Melayu, Arab. Dia mempunyai dua adik perempuan kembar iaitu Nur Aisyah dan Nur Ain.

3. Selain terlibat dalam bidang nyanyian, Aliff juga mencuba nasib sebagai pelakon. Drama pertamanya berjudul Antara Kita diarahkan oleh pengarah terkenal Kas Roshan. Namanya mula menyinar menerusi beberapa buah drama antaranya Meh Sandar Pada Aku, Melankolia, Sayangku Kapten Mukhriz dan banyak lagi.

4. Selepas berkenalan hampir dua tahun serta bertunang hampir sembilan bulan, Aliff berkahwin dengan Bella Astillah pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun.

5. Kontroversi pertama penyanyi itu pada tahun 2009 apabila tersebar gambar yang memperlihatkan Aliff bercium dengan seorang perempuan di sebuah kelab malam di Singapura. Aliff memohon maaf dan mengakui kesilapan itu telah menjejaskan imejnya tatkala dia sedang mengukir nama di persada seni.

6. Aliff menafikan dia telah mencuri dua buah telefon bimbit namun mengakui ditahan pihak berkuasa Singapura bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan dan kontroversi ini berlaku pada tahun 2014.

7. Dalam tahun sama, Aliff dikatakan bergaduh di sebuah hotel di Kuala Lumpur sehingga didatangi pihak polis untuk meleraikan keadaan, bagaimanapun dia tidak menafikan perkara berkenaan sebaliknya mendakwa semasa kejadian dia tidak sedarkan diri akibat terkena sampuk.

8. Pada Julai 2017, Aliff didakwa mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon baharu Afifah Nasir apabila didapati berhibur di sebuah pusat karaoke. Bella bersama ibunya dikatakan berjaya menemui Aliff di lokasi tersebut.

9.Aliff didakwa tidak menepati janji yang dibuat selepas meminjam sejumlah wang daripada seorang individu yang dikenali sebagai Rashidi Ramli pada Ogos 2018. Ahli perniagaan tersebut mendakwa, pada awalnya Aliff merayu untuk meminjam sejumlah wang dan berjanji untuk mempromosi produk miliknya.

10. Awal tahun ini, Bella menerusi laman sosialnya mendedahkan Aliff sekali lagi berkelakuan curang terhadapnya apabila mendakwa aktor itu mempunyai hubungan istimewa dengan seorang pelakon baharu, Oktovia Manrose. Bella berkata suaminya itu mula mengenali aktres itu ketika bergandingan dalam sebuah telefilem.

Aliff Aziz, Bella Astillah

Artikel Lain