suria

Empat hari demam, Fad (Bocey) dijangkiti virus Influenza B

Fad dimasukkan ke hospital pada Ahad

PELAWAK Fad Bocey tidak menyangka demam panas berlanjutan lebih empat hari yang dialaminya adalah jangkitan virus Influenza B.

Fad atau nama sebenarnya Muhamad Fadzlie Nizam menjelaskan dia juga mengalami selsema dan batuk yang teruk sejak Rabu lalu sehingga dimasukkan ke hospital pada Ahad.

Fad ditahan di hospital selepas mengadu demam panas, batuk dan selsema.


"Saya disahkan menghidapi Influenza B, mungkin ia berpunca daripada keadaan persekitaran tempat kerja. Tambahan lagi baru-baru ini rakan sekerja iaitu Radin juga terkena penyakit sama.

"Sebenarnya saya sudah demam empat hari sebelum dimasukkan ke wad Ahad lalu, namun saya degil kerana menyangka ia sekadar demam biasa. Syukurlah ia belum melarat ke tahap bahaya.

Fad, 28, juga berkata dia masih tidak dapat meneruskan tugas sebagai penyampai radio sehingga keadaan kesihatannya benar-benar pulih.

Dalam pada itu, ahli kumpulan Bocey ini berkata dia sudah dibenarkan pulang pada Selasa namun perlu mengambil ubat dan membuat ujian darah dalam tempoh beberapa hari lagi untuk memastikan kesihatannya benar-benar pulih.

Fad hanya akan dibenarkan kembali bertugas jika kesihatannya benar-benar pulih.

"Ini penyakit berjangkit yang bahaya, jadi saya perlu betul-betul sembuh sebelum kembali bekerja.

"Jumaat ini saya perlu kembali ke hospital untuk membuat ujian darah, jika benar-benar sudah baik barulah akan kembali bertugas sebagai penyampai radio di. Doakan saya cepat sembuh," tambah Fad.

fad bocey

Artikel Lain