suria

“Don't worry...saya sihat” - Amyra Rosli ambil risiko jadi testimoni produk kurus

Amyra mengakui hilang selera makan gara-gara menggunakan produk pelangsing yang dijualnya.

PELAKON Amyra Rosli menepis cakap-cakap netizen kononnya dia mengalami 'patah hati' hanya kerana penampilannya yang terlalu kurus dan kelihatan cengkung.

Menurut Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli, 28, dia sebaliknya melakukan testimoni ke atas sebuah produk kesihatan selain kesibukan harian yang membuatkan dirinya mengalami pengurangan berat badan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak sabar nak tambah baby…” - Amyra Rosli

ARTIKEL BERKAITAN: Amyra Rosli dimasukkan ke hospital, Amar Baharin minta doakan

"Sejujurnya saya kerap buat testimoni produk kurus yang saya jual sendiri. Mungkin produk itu berkesan ke atas saya. Ia buat saya hilang selera makan.

"Lagipun, saya bukan jenis yang berbadan besar cuma apabila berat badan saya yang asal itu sudah turun, kerana itu saya menjadi lebih ringan.

"Ditambah lagi dengan jadual saya yang terlalu padat, jaga anak... saya pula tiada orang gaji. Rasanya mungkin kerana rutin seharian itu membuatkan saya turun berat badan. Yang pasti, saya sihat... don't worry," ujarnya kepada mStar.


Penampilan Amyra terlalu kurus turut dikritik netizen.

Amyra ditemui ketika menghadiri sambutan Hari Ibu #mothersdaybycallaflores di Hotel Hilton Kuala Lumpur.

Terdahulu, aktres jelita ini pernah dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court selepas mengadu sakit perut.

Dalam pada itu, Amyra berkata dia selesa dengan berat badannya kini iaitu 41 kilogaram.

Bagaimanapun Amyra menjelaskan dia berdepan kesukaran untuk mencari saiz baju yang sesuai.

"Senang bergerak tu ya... cuma untuk cari saiz baju agak siksa. Saiz XS tak muat pada saya.

"Apabila saya menjadi duta Prima Valet, mereka sediakan baju paling kecil untuk saya. Tapi baju paling kecil itu mereka terpaksa kecilkan lagi.

"Tetapi saya tiada masalah jika kurang berat badan asalkan saya sihat. Lagipun Amar juga tak complain, saya tak ambil peduli cakap orang," katanya.

Amyra pernah dimasukkan ke hospital kerana mengalami sakit perut.

Terdahulu, Amyra turut menjadi mangsa body shaming ketika menggayakan busana rekaan pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini pada malam Anugerah MeleTOP Era 2019.

Ia mencetuskan perbalahan dalam kalangan peminatnya apabila ada segelintir mereka meninggalkan komen dianggap kasar gara-gara bentuk badan Amyra yang disifatkan terlalu kurus.

Amyra berkahwin dengan aktor Amar Baharin pada November 2016 dan pasangan ini dikurniakan putera sulung pada 15 Oktober 2017 bernama Aqeef Anaqi.

Amyra Rosli, Amar Baharin

Artikel Lain