suria

“Adakah mereka akan anggap saya ibu yang jahat?” - Fatin Afeefa bimbang fitnah beri kesan kepada anak-anak

Fatin tertekan dengan kecaman daripada netizen.

PELAKON Fatin Afeefa mengakui berasa tertekan apabila terlalu memikirkan kesan yang bakal dia dan anaknya alami berpunca daripada kecaman serta tuduhan tidak berasas di laman sosial.

Malah, Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin berkata, dia penat memikirkan sekiranya anaknya akan tersalah anggap membenci dirinya gara-gara fitnah yang diterima itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dikatakan ada hubungan, Fatin Afeefa sengaja ‘tag’ nama Nazim pada hati

ARTIKEL BERKAITAN: Anak lelaki Fatin Afeefa tidak ada kaitan dengan Adam Shahz!

"Tadi borak dengan Arrian. Masa drive nak balik, saya beritahu dia saya terpaksa bekerja esok dan dia cakap 'kerja lagi'? Dia diam sekejap dan cakap 'mummy kerja nak cari duit kan? Tak apa, Arrian faham. Lain kali sajalah'.

"Kata-kata itu menusuk hati saya. Sudah lama kami tak pergi bercuti bersama. Saya terlalu sibuk bekerja. Dari pagi sampai lewat malam saya kerja untuk beri yang terbaik kepada mereka.

"Mummy penat kadang-kadang. I really am. Bukan pasal kerja. Tapi kecaman orang ramai terhadap saya. Setiap hari saya fikir, bila anak-anak sudah besar dan baca artikel yang menulis perkara tidak benar mengenai saya, adakah mereka akan anggap saya ibu yang jahat? Atau mereka akan benci saya?, katanya.

Fatin bersama dua anaknya iaitu Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia.

Fatin meluahkan rasa itu menerusi sebuah catatan berserta foto dua anaknya iaitu Adam Aisy Arrian, 7, dan Ivy Herra Sophia, 4, di laman Instagram miliknya pada Ahad.

Tambah Fatin, status ibu tunggal yang digalasnya bukan suatu perkara mudah malah apa sahaja yang dilakukannya pasti dianggap salah oleh segelintir pihak.

"Ibu tunggal. Gelaran itu sahaja sangat berat untuk digalas. Apa sahaja saya lakukan pasti salah.

"Mesti mereka cakap mummy tak reti jaga Arrian dan Arra. Tapi mereka harus sedar, saya tidak pernah meminta apa-apa bantuan pun dari anda.

"Saya besarkan anak saya 100 peratus usaha saya sendiri. Tak siapa tahu apa yang saya lalui setiap hari," katanya.

Fatin memberi amaran akan menyekat mana-mana akaun media sosial yang mengeluarkan komen berunsur kecaman.

Dalam pada itu, Fatin mmemberi amaran akan menyekat mana-mana akaun yang mengeluarkan komen berunsur kecaman terhadap kedua anaknya itu.

"Setiap kali saya hampir putus asa, saya akan ingat pesan Arrian pada saya. Jangan menangis sebab Allah ada dengan Mummy.

"Dia sahajalah kekuatan saya ketika ini. Kalau dia tak ada, saya tak tahu apa akan jadi pada saya. Arra terlalu kecil untuk faham tapi dia seorang anak perempuan yang sangat baik.

"Maaf kerana tidak menjadi ibu yang baik kepada anda berdua. Tapi saya mencuba dan terus mencuba. Mummy kumpul duit sikit lagi lepas tu kita pergi bercuti ya. My beautiful child, mummy sangat menyayangi kamu dan takkan pernah biarkan sesiapa menyakiti kamu. I’ll block them!, katanya.

Fatin berkahwin dengan Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun kedua-duanya mengambil keputusan untuk berpisah pada 30 Mei 2017.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia.

Fatin Afeefa, Adam Shahz

Artikel Lain