TINDAKAN seorang lelaki menolak pelakon Hisyam Hamid semata-mata mahu bergambar berdua bersama aktres Zahirah MacWilson mengundang kecaman netizen. Rata-rata mereka menyifatkan lelaki itu bertindak kurang sopan hingga memalukan Hisyam yang dilihat sudah bersedia untuk turut sama bergambar. Bagaimanapun apa yang dikongsikan di media sosial hanyalah sebahagian daripada situasi sebenar yang berlaku kerana menurut Hisyam individu berkenaan ada memberitahunya dengan baik bahawa dia mahu bergambar berasingan. "Saya tak terasa hati pun dengan individu tersebut. Memang pada mulanya terkejut juga tapi dia ada cakap dekat saya yang dia nak bergambar seorang dengan Zahirah. Netizen mengecam tindakan individu tersebut menolak Hisyam ketepi. "Selepas itu, dia datang dan salam saya untuk bergambar pula. Individu tu pun ada cakap yang dia hanya bergurau sahaja. "Lagipun, apabila saya melihat video itu rasa kelakar pula," kata Hisyam ketika dihubungi mStar pada Isnin. Hisyam diminta mengulas mengenai video yang memperlihatkan seorang lelaki menolak aktor itu ketepi untuk bergambar dengan Zahirah menjadi tular di laman sosial sejak Ahad. Video tersebut dirakam ketika sesi ramah mesra bersama Hisyam dan Zahirah di Bangi. Video tersebut dirakam peminat ketika sesi beramah mesra bersama Zahirah dan Hisyam di Starvilion, Ostia Bangi Business Avenue pada Sabtu. Dalam pada itu, Hisyam berharap netizen berhenti mengecam individu tersebut kerana apa yang ditonton itu hanya rakaman 15 saat tanpa suara. "Individu tersebut tak salah pun dan tak perlulah kecam dia. Sebab apa yang anda tonton tu hanya rakaman 15 saat tanpa suara. "Selepas itu, anda tak tahu apa yang sebenarnya terjadi. Hanya orang berada di situ sahaja tahu perkara itu bukanlah sesuatu yang serius," ujarnya. View this post on Instagram Maaf @hisyamhamid7 kena tunggu turn. Kasi can kat abang ni ngan @zahirahmacwilson ? Siapa kenal abang baju hitam ni? Cuba tag dia. Sumber Facebook #mstarkongsi #mstaronline #mstarE1 A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on May 12, 2019 at 8:28am PDT