suria

“Masa tu aku rasa bakal kehilangan mak”- Syafie Naswip cemas ibu jatuh sakit secara tiba-tiba

Syafie pernah berasa dia bakal kehilangan ibunya pada tahun lalu. Foto Instagram: @syafienaswip.

PELAKON Syafie Naswip berkongsi pengalaman pahit dalam hidupnya apabila ibunya, Noorsiah Ahmad, 54, secara tiba-tiba jatuh sakit dan dimasukan ke hospital tahun lalu.

Syafie atau nama sebenarnya Mohammad Syafie Naswip, 27, berkata perkara itu menyebabkan dia berasa sedih sehingga terfikir bakal kehilangan insan tersayang itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Syafie Naswip tak mahu terlambat akhiri zaman bujang


Syafie memuat naik foto ibunya sempena sambutan hari ibu.

"Antara kenangan pahit dalam manis tahun lalu bila mak tiba-tiba sakit sampai masuk hospital. Sepanjang waktu itu, aku ada dengannya. Alhamdulillah.

"Siapa sangka masa tu aku rasa bakal kehilangan mak sebenarnya. Tapi Alhamdulillah Allah dengar doa aku.

"Insya-Allah tahun ini kita bakal raya sama-sama lagi mak. Selamat hari ibu. Betapa penting kasih ibu untuk anak-anaknya berjaya," kata Syafie.

Pelakon filem Songlap itu memuat naik foto bersama ibunya di laman Instastory sempena sambutan hari ibu pada Ahad, 12 Mei 2019.

Impian Syafie untuk membeli rumah untuk ibunya tercapai pada tahun lalu.

Dalam pada itu, tunang kepada pelakon Aishah Azman ini berkata saat paling berharga baginya apabila ibunya menerima ucapan yang disampaikan dalam keadaan yang tenang.

"Sebenarnya apa yang meruntunkan diri sendiri apabila kau beri ucapan sesuatu kepada mak anda, selepas itu mak kau diam sekejap dan kau dengar dia tarik nafas panjang.

"Itu bikin getar di jiwa. Allahu. Momen paling berharga," ujarnya.

Syafie Naswip, Aishah Azman

Artikel Lain