suria

Suria bersama 4 selebriti kongsi nikmat Ramadan dengan pesakit IJN

Barisan artis dan penyampai Suria bergambar bersama jururawat bertugas di IJN.

STESEN radio Suria tidak melepaskan peluang melakukan aktiviti amal sempena menyambut bulan Ramadan dengen mengadakan lawatan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada Rabu.

Program amal  tersebut adalah bagi memperkukuhkan lagi tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan melibatkan empat selebriti seperti Rashidi Ishak, Amir Masdi, Kodi Rasheed dan Amir Hasan.

Menurut penyampai Suria, Fizi Ali program ini sebagai inisiatif stesen radio pilihan ramai itu untuk mendekati golongan yang kurang bernasib baik.

"Kali ini saya berada di IJN untuk memberi hadiah kepada adik-adik yang menerima rawatan di sini.

Cenderahati daripada Suria diserahkan kepada pesakit.

"Menerusi jelajah wad kanak-kanak ini membuktikan inisiatif Suria FM mendekati golongan kurang bernasib baik dan kami juga prihatin terhadap mereka.

"Lebih meriah apabila ramai golongan selebriti yang sudi untuk bersama-sama kami menjayakan program ini. Saya seronok melihat semangat mereka," katanya kepada mStar.

Program itu turut meraikan Hari Jururawat Malaysia yang disambut setiap 12 Mei.

Sebanyak 100 bungkus makanan unduk berbuka pussa diedarkan kepada kakitangan IJN termasuk pesakit dan ibu bapa.

Suria FM, IJN

Artikel Lain