suria

“Biar orang nak cakap apa, kakak masih ada keluarga”- Bapa Bella Astillah dipuji jarang bersuara hal anak

Bapa Bella beri semangat untuk anaknya tabah menjalani kehidupan ibu tunggal.

SELEPAS berdepan pelbagai ujian dalam berumah tangga, bapa Bella Astillah iaitu Awang Astillah memberi kata-kata semangat buat anak sulungnya itu.

Awang turut memanjatkan doa buat anaknya agar terus kuat menjalani kehidupan sebagai seorang ibu tunggal.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff sering curang... Bella Astillah akhirnya diceraikan talak satu

ARTIKEL BERKAITAN: Bella nekad teruskan kehidupan tanpa Aliff, katanya "mental dan fizikal saya terganggu"

"Ayah doakan anak ayah baik-baik sahaja. Biarlah orang nak cakap apa, kakak masih ada keluarga yang selalu di belakang kakak.

"Susah senang, hanya keluarga yang tahu. Yang penting, jaga Ayden dan besarkan dengan baik supaya jadi anak yang soleh... Amin," katanya.

Awang memberi kata-kata semangat buat Bella Astillah.

Awang berkongsi luahan itu menerusi sebuah posting di laman Instagram miliknya pada Jumaat.

Sementara itu, rata-rata netizen terharu dan meluahkan rasa sedih membaca catatan berkenaan.

Ayah doakan anak ayah baik-baik sahaja. Biarlah orang nak cakap apa, kakak masih ada keluarga yang selalu di belakang kakak.

AWANG ASTILLAH

Selain itu, mereka turut meninggalkan komen dengan memberi kata-kata semangat buat Bella dan keluarganya.

Segelintir netizen juga memuji sikap lelaki itu yang tidak memberi apa-apa kenyataan sepanjang krisis rumah tangga anaknya dengan Aliff Aziz.

Malah, dia turut kelihatan memeluk bekas menantunya itu selepas urusan perceraian antara Bella dan Aliff di mahkamah selesai.

Awang memeluk Aliff sewaktu bertemu di mahkamah.

Bella dan Aliff bercerai talak satu pada Khamis selepas kontroversi melibatkan Aliff yang didakwa curang bersama beberapa wanita sepanjang perkahwinan mereka.

Perkara itu membuatkan Bella mengambil keputusan meneruskan hidup bersama anaknya tanpa Aliff.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Mohamad Ayden Adrean berusia dua tahun.

Artikel Lain