ISTERI kepada pelakon Hairul Azreen, Hanis Zalikha berkongsi detik cemas apabila bayi dalam kandungannya secara tiba-tiba tidak bergerak selepas selesai solat Asar pada hari kedua berpuasa. Bagaimanapun, Hanis atau nama sebenarnya Hanis Zalikha Zainal Rashid, 29, berkata, bayinya kembali menendang dengan kuat selepas dia terpaksa berbuka puasa dan mengisi perut dengan makanan dan minuman. "Masuk trimester ketiga, waktu bulan puasa. Maknya jenis okay berpuasa. Tak lapar tak dahaga. Tapi hari kedua tu, lepas solat Asar, baby mengeras. Lepas tu dia diam saja. ARTIKEL BERKAITAN: “Minta maaf ya yang muntah tu isteri saya dan dia mengandung!” - Hanis Zalikha kongsi rasa kagum suami Hanis dedah bayinya tidak bergerak secara tiba-tiba. "Baby yang kali ni dah lah sangat memberi respon, kalau kita letak tangan dia akan high five atau tendang. Tapi masa petang tu kita geletek dia, Daddy (Hairul) panggil dia, semua dia tak nak respon. "OMG gementar. Terus Daddy dia suruh buka puasa minum air dan makan. Dah teguk susu kurma, makan coklat biskut semua (kemain maknya), dan dan tu juga baby tendang kuat gila," kata Hanis. Hanis yang dijangka bakal melahirkan cahaya mata keduanya pada Jun depan mendedahkan perkara tersebut menerusi laman Instagramnya pada Jumaat. Dalam pada itu, Hanis berkongsi nasihat doktor mengenai segelintir wanita hamil sangat sensitif ketika mereka berpuasa boleh menyebabkan air ketuban berkurangan. Doktor nasihat Hanis sentiasa jaga kiraan tendangan bayi dalam kandungan. Selain itu, doktor juga menasihatkan supaya dia sentiasa menjaga dan peka dengan kiraan tendangan bayi dalam kandungan. "Lepas tu, semalam doktor tanya puasa ke tak. Kita jawab tak, doktor kata okay bagus, sesetengah orang sangat sensitif, bila puasa pun air ketuban boleh berkurangan. "Jaga kiraan tendangan saja sekarang. Kita tahu waktu bayi kita aktif, jadi cuma kena peka. Kiraan tendangan tu bukan selang yang tepat sama setiap orang. "Ia cuma bantu kita peka waktu aktif bayi kita. Doakan keselamatan dan kesihatan kami ya!" ujarnya. Hanis dan Hairul Azreen mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Yusuf Iskandar yang kini berusia dua tahun.