suria

Tiada layanan istimewa buat Farid, dilayan seperti banduan lain - Penjara

Farid dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan.

MENJADI seorang selebriti bukannya tiket untuk mendapat layanan istimewa di penjara.

Itulah yang bakal dilalui oleh pelakon Datuk Farid Kamil Zahari sepanjang menjalani hukuman penjara sembilan bulan di penjara Kajang, Selangor.

Pihak Penjara berkata, setiap pesalah yang disabitkan hukuman penjara dilayan sama rata sebagai seorang banduan.

"Seperti banduan-banduan lain, Farid Kamil akan dilayan sama rata. Tiada istilah artis, orang kenamaan, berpangkat atau berjawatan besar diberikan layanan berbeza atau istimewa apabila mereka menjalani hukuman di penjara.

"Apabila disabitkan hukuman penjara, sesiapa pun adalah sama sebagai banduan dengan kesalahan dan tempoh hukuman yang berbeza," kata sumber Penjara mengenai Farid yang kini ditempatkan di penjara itu untuk menjalani hukuman.

Farid kini ditempatkan di Penjara Kajang selama seminggu untuk tempoh kuarantin sebagai sebahagian daripada prosedur.

Dia kemudian akan dipindahkan ke Bahagian Rawatan dan Pemulihan Dadah (RPD) yang terletak di kawasan yang sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Farid Kamil beraya dalam penjara

ARTIKEL BERKAITAN: “Be strong sis…”- Farid Kamil dipenjara 9 bulan, peminat minta Diana Danielle tabah!

Farid  perlu menjalani hukuman penjara selama sembilan bulan.

RPD merupakan program pemulihan dalam penjara terutama program komuniti terapeutik (TC) yang berkaitan penyalahgunaan dadah.

"Sama ada di Penjara Kajang atau RPD, Farid akan ditempatkan di sel berkongsi bersama banduan-banduan lain," katanya.

Difahamkan, Farid memakai baju banduan berwarna merah bermaksud ia bagi penghuni penjara yang baharu menjalani hukuman untuk tempoh enam bulan dan ke atas.

Mereka perlu memakainya dalam tempoh tiga bulan dan mengikuti program pemulihan di mana perlu memenuhi kriteria untuk ke fasa seterusnya.

Farid Kamil juga dikatakan akan dicukur rambutnya sebagai sebahagian prosedur banduan menjalani hukuman.

Pada Rabu lalu, Mahkamah Majistret Petaling Jaya menjatuhi hukuman penjara sembilan bulan terhadap Farid Kamil atas kesalahan penylahgunaan dadah dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC), tahun lalu.

Majistret, Nor Ariffin Hisham menjatuhkan hukuman itu selepas Farid Kamil, 38, memilih untuk berdiam diri di mana tertuduh pada Rabu sepatutnya tampil untuk membela diri.

Nor Ariffin turut memerintahkan tertuduh berada di bawah pengawasan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun.

Farid Kamil

Artikel Lain