suria

Aepul Drama Band ‘buat hal’ lagi, kali ini sindir Aliff Aziz curang pula

Aepul Roza tidak menafikan lagu Kali Ketiga ciptaannya mempunyai kaitan kes rumah tangga Aliff Aziz dan isteri.

PERNAH terpalit kontroversi melibatkan beberapa selebriti tempatan, vokalis kumpulan Drama band iaitu Aepul Roza sekali lagi menarik perhatian netizen apabila muncul menerusi lagu ciptaan terbaharunya berjudul Kali Ketiga.

Aepul Roza atau nama sebenarnya Noorsyaiful Md Zalaludin, 31, tidak menafikan muzik video itu mempunyai kaitan dengan kontroversi yang melanda rumah tangga Aliff Aziz dan isteri ketika ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Aepul bersolek macam perempuan, ia kerana watak

ARTIKEL BERKAITAN: Haneesya, Haqiem bersuara isu sindir dalam muzik video, Drama Band tak boleh buat apa

"Saya boleh kata ia ada kena mengena dengan kisah rumah tangga Aliff Aziz cuma kena ingat kerana bukan dia seorang sahaja yang curang dalam Malaysia ni. Ada banyak lagi kes curang.

"Cumanya nak kata saya serang dia (Aliff), itu tidaklah.

"Saya cuma letakkan simple story line dan kalau orang anggap ia sebagai tema tahun ini adalah social criticism kerana ada sesetengah orang yang rasa apa mereka buat atau lakukan tiada akibatnya," katanya ketika dihubungi mStar.

Malah kata Aepul, ia merupakan bentuk sindiran yang dilakukan menerusi muzik dan cara terbaharu digunakannya dalam menyampaikan mesej kepada masyarakat.


Antara salah satu babak muzik video berjudul Kali Ketiga yang didakwa menyindir kes rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah.

"Sebenarnya tujuan buat lagu begini adalah kerana jalan cerita yang simple jadi mudah untuk orang faham.

"Penyampaian lebih mudah jika berdasarkan kepada situasi sebenar kerana cerita itu sendiri sudah dekat dengan mereka. Dengan lirik dan video yang ada jalan cerita begitu, ia kena dengan lagu yang dipersembahkan itu.

"Jadi bila dengar semula melodinya yang mempunyai watak begitu, saya rasakan ia sesuai dengan situasi seperti yang disangkakan orang ramai, iaitu cerita kecurangan," ujarnya.

Aepul sebelum ini mencipta sebuah lagu berjudul Kali Ketiga dengan muzik video memaparkan beberapa babak berkaitan kontroversi rumah tangga yang membadai pasangan Aliff Aziz dan Bella Astillah.

Dalam pada itu Aepul berkata, kehadirannya menerusi lagu dan muzik video seperti ini diharap dapat 'mengajar' golongan selebriti terhadap tindak-tanduk mereka sebelum melakukan apa-apa perkara.

Muzik video lagu Drama yang pernah mencertuskan rasa kurang senang selebriti dan peminat.

"Saya bukan nak sindir, tujuan saya agar mereka yang mendengar dan menonton lagu itu dapat hadam. Kalau terasa hati, saya minta maaf. Niat bukan untuk menyinggung.

"Biarlah ia menjadi archive dalam bentuk muzik video dan lagu. Sedikit-sebanyak dapat mengingatkan diri saya sendiri untuk jaga perangai.

"Kalau ada lagu dan cerita yang sesuai dan saya rasa perlu tegur seseorang itu, saya akan buat lagi. Mungkin kehadiran seperti kami, golongan selebriti lain akan lebih berhati-hati selepas ini. Mereka yang mungkin ada buat salah untuk beringat sikit," katanya.

Terdahulu, single kumpulan Drama Band berjudul Drama menjadi perhatian netizen apabila didakwa mempersendakan kontroversi melibatkan beberapa selebriti tempatan termasuk bekas juara Dewi Remaja, Haneesya Hanee dan Hakiem Rusli.

Perbuatan itu sekali gus mengundang rasa kurang senang dalam kalangan peminat dan artis.

Kali Ketiga, Aliff Aziz, Aepul Roza

Artikel Lain