PENYANYI Aina Abdul tetap dengan pendirian tidak akan menarik balik muzik video Sumpah yang didakwa memberi gambaran buruk terhadap pesakit skizofrenia. Menurut Aina, pihaknya juga tidak akan membuat apa-apa suntingan semula terhadap MV itu seperti yang diminta pihak NGO sebelum ini. ARTIKEL BERKAITAN: MV Aina Abdul beri gambaran buruk kepada pesakit mental, NGO minta henti sebarkan ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul bangkit dengan ‘Sumpah’ selepas alami kemurungan "Saya tak akan menarik semula MV itu sebab saya tahu niat untuk buat MV adalah untuk memberi kesedaran dan bukannya untuk highlight perkara yang buruk. "Saya juga bukan nak cari salah sesiapa, cuma nak minta pihak berkenaan untuk melihat dari sudut yang positif mengenai isu ini. "Dalam masa yang sama, penerimaan individu terhadap penceritaan ini juga pasti berlainan. Tak semestinya orang akan terinspirasi dengan kejadian dalam MV berkenaan," katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa. Miasa sebelum ini memuat naik kenyataan berhubung muzik video Sumpah yang didakwa memberi gambaran buruk kepada pesakit skizo. Terdahulu, muzik video yang dimuat naik pada 26 Mac lalu menerima perhatian ramai termasuk sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Sokongan dan Kesedaran Penyakit Mental (Miasa) yang mendakwa klip video berdurasi 4 minit 42 saat itu memberi gambaran buruk terhadap pesakit skizofrenia. Susulan itu, Setiausahanya, Zakirah Zakariah meminta orang ramai berhenti menyebarkan video yang memberi gambaran buruk dan mengelirukan terhadap pesakit mental. Aina juga bertegas tidak akan menghasilkan muzik video baharu seperti yang diminta pihak berkenaan. "Mereka ada meminta saya untuk menghasilkan semula MV yang baharu tetapi mereka perlu faham saya bukannnya artis yang dah lama dan ada sumber kewangan yang baik untuk hasilkan MV baharu. "Mereka seharusnya memikirkan daripada pihak saya juga. Saya artis yang baharu nak menapak... Lagipun saya sendiri ada mendapat reaksi daripada pesakit skizo sendiri yang berpuas hati dengan video berkenaan. "Untuk itu, saya rasakan tiada keperluan untuk menurunkan atau buat suntingan terhadap MV itu sebab jalan cerita akan jadi lain dan mesej yang ingin disampaikan pun akan lari," katanya. Muzik video Sumpah turut menampilkan pelakon Qi Razali. Dalam pada itu, Aina bersama pihak pengurusannya membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kontroversi muzik video Sumpah yang didakwa memberi gambaran buruk kepada pesakit skizophrenia. "Terlebih dahulu, dari pihak Aina Abdul, team management ingin memohon maaf atas kesulitan dan salah faham yang berlaku terhadap MV Sumpah. "Oleh yang demikian, kami dengan rendah diri ingin memohon maaf jika penceritaan muzik video Sumpah telah mendatangkan impak tidak selesa kepada yang melihatnya dan jika mesej dan maksud skizofrenia adalah kurang tepat di sampaikan dalam MV ini. "Diharapkan pada bulan yang mulia ini anda semua dapat memaafkan kami dan berharap kita semua dirahmati oleh Yang Maha Esa," katanya. View this post on Instagram Assalamualaikum, disini Aina lampirkan kenyataan media bagi menjawab isu yang berbangkit oleh pihak ngo tempoh hari, diharapkan dengan penjelasan ini dapat memberikan pencerahan dalam kemelut perselisihan faham terhadap isu MV Sumpah tempoh hari. Read till end ❤️ ? Salam ramadhan Al mubarak. Sekian , terima kasih ❤️ #spreadlove #ramadanmubarak #ramadan2019 #sumpahainaabdul #2019 A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul) on May 18, 2019 at 8:09am PDT