suria

“Kali kedua nampak suami menangis”- Fasha tukar doa lepas Aidil minta anak cepat

Fasha buat kejutan tentang kehamilannya kepada Aidil.

SELEPAS mengumumkan kini sedang berbadan dua, aktres Fasha Sandha memberitahu dia menerima banyak pertanyaan yang mahu tip untuk mudah hamil.

Fasha, 35, yang hampir dua bulan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aidil Aziz berkata, rezeki itu datang berkat berdoa kepada Allah dan percaya kepada keajaiban doa itu.

"Ramai bertanya apakah tip mudah hamil. Ramai juga mesej peribadi untuk mengadu dan bertanya tip untuk bahagia pada peluang kedua. Ada juga mengadu kahwin dah lama tapi belum hamil, ada juga mesej mintak kekuatan selepas penceraian.

"Saya ingin kongsi pada semua, jawapannya adalah doa dan percayalah pada keajaiban doa.

"Selepas bulan pertama berkahwin, suami bertanya adakah saya hamil, jawapan saya belum lagi sayang. Dia kata dia nak cepat dapat baby sebab kawan-kawan di umur dia kebanyakan dan dua atau tiga anak. Oh... dia nak mintak baby cepat.

"Bila masuk bulan kedua, saya terus menukar pattern doa. Saya tambahkan ayat lain dalam doa dan saya berusaha, syukur Allah makbulkan dalam masa yang singkat," ujarnya di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Fasha Sandha buat kejutan hamil, Aidil menangis kegembiraan

ARTIKEL BERKAITAN: “Allah bagi rezeki baby ke?” - Netizen mula 'buat kerja', serkap jarang ingat Fasha Sandha hamil

Fasha dijangka bakal menimang cahaya mata ketiganya pada 2 Februari 2020. 

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha pada Selasa berkongsi berita gembira itu dengan membuat kejutan kepada suaminya dalam sebuah sesi fotografi.

Aidil, 31, yang tidak menjangkakan perkara itu kelihatan terkejut dan terharu sehingga tidak dapat menahan air mata kegembiraan.

Fasha berkata, ia adalah kali kedua suaminya mengalirkan air mata selepas kali pertama pada hari pernikahan mereka, 30 Mac lalu.

"Kali kedua nampak suami mengalirkan air mata semalam (kali pertama di hari pernikahan kami). Rasanya terlalu awal untuk berkongsi kerana kehamilan ini terlalu awal, tak mengapa... reda. Semoga kandungan ini selamat sehingga melahirkan," ujarnya.

Dalam pada itu, menjawab soalan bagaimana dia mendapat kekuatan untuk berkongsi hidup dengan pasangan baharu, Fasha berkata dia juga tidak pernah terfikir tentang perjalanan yang dilalui ini.

Katanya, dia hanya berdoa agar apa yang dipinjamkan Allah ini kekal ke akhir hayat.

Fasha buat kejutan kepada Aidil pada sebuah sesi fotografi.

"Kepada yang bertanya, macam mana nak dapat kekuatan dan bagi peluang pada orang baru. Saya sendiri pun tak pernah terpikir saya akan kahwin kali ke dua sebab terlalu selesa menjadi ibu tunggal.

"Selalu kena ingat semua dalam dunia ni adalah pinjaman, Allah yang bagi dan Allah berhak ambil balik bila-bila masa sahaja. Kita teruskan berdoa agar ia berkekalan sehingga ke akhir hayat, Insyaallah," ujarnya.

Fasha berkemungkinan melahirkan cahaya mata tersebut sekitar Februari 2020.

Sebelum ini Fasha pernah berkahwin dengan ahli perniagaan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 6, dan Putri Raysha Jemyma, 5.

Fasha Sandha

Artikel Lain