BERSEMPENA bulan mulia, ramai artis tidak ketinggalan mengambil kesempatan membuat kebajikan dengan melakukan pelbagai kerja amal. Sasuke Outlet dengan kerjasama Kindness Malaysia telah menganjurkan satu program amal dengan mengumpul dana sumbangan untuk diberikan kepada rumah-rumah kebajikan yang terpilih. Menariknya, kutipan itu dilakukan menerusi perlawanan bola sepak amal bersama pasukan pilihan artis seperti Tauke Jambu, Datuk Fizz Fairuz, Zain Saidin, Mamak Puteh, Ajak Shiro, Sharif Zero, Azrol Cham dan ramai lagi. Menurut pengarahnya, Nurul Suhaida Abu Sopian, program ini dianjurkan sebagai inisiatif untuk mendakati golongan memerlukan selain mempromosi gaya hidup sihat pada bulan Ramadan. "Program Sasucare ini merupakan projek bersama antara Sasuke dan pelanggan di mana dengan setiap resit yang bernilai RM30 dan ke atas, RM1 akan disumbangkan terus kepada badan yang terpilih pada bulan tersebut. Turut berlangsung adalah sesi penyerahan jersi baru pasuka Toq FC diketuai pelawak Tauke Jambu. "Kempen pertama berjaya mengutip sumbangan sebanyak RM4,773 kepada anak anak Austime dari Rumah PDK Tmn Desa. Seterusnya, pada Ramadan ini kami akan menyantuni golongan sasar terdiri daripada 20 orang ibu tunggal dan anak-anak dengan bantuan persiapan Syawal iaitu wang saku dan kuih raya hasil kutipan Program ‘SASUCARE’ sebanyak RM3,000. "Selain itu perlawanan ini bertujuan untuk menggalakkan orang ramai kekal aktif sepanjang Ramadan, pada masa sama dapat mengutip sumbangan menerusi pemain artis yang terlibat dalam perlawanan amal ini," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis. Untuk rekod, Sasuke mula berkoleborasi dengan ToqFC pada Mac lepas selaku penaja rasmi pasukan. ToqFC diketuai Tauke Jambu dan pasukan ini ditubuhkan setahun yang lalu bersama beberapa barisan artis lain. Program yang dianjurkan malam Rabu itu turut diadakan penyerahan jersi baru kepada pasukan Toq FC dan secara tidak langsung diadakan perlawanan amal bersama Pasukan Fizz Fairuz iaitu RMC Club.